awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana cip pengesan, kucing hilang dua tahun ditemui semula

Agensi
Agensi
01/11/2020
03:00 MYT
Kerana cip pengesan, kucing hilang dua tahun ditemui semula
Ruby ditemukan kira-kira 95 kilometer dari tempat ia dilaporkan hilang. - Gambar/portal BBC
SEEKOR kucing yang hilang hampir tiga tahun yang lalu ditemukan kira-kira 95 kilometer dari tempat ia dilaporkan hilang.
Ia ditemui dan dijaga oleh seorang pengawal keselamatan di Coventry selama tiga minggu sebelum membawanya untuk diperiksa.
Hasil pemeriksaan mendapati kucing itu didaftarkan pemiliknya di Bedfordshire.
Kucing berwarna hitam yang dinamakan Ruby itu kemudiannya disatukan kembali dengan pemiliknya, Jordan Harvey.
"Ruby memang nakal, mungkin ia naik lori dan dibawa ke sana," kata Harvey kepada BBC.
Tambah Harvey, Ruby hilang dari rumah pada bulan April 2018.
Kira-kira tiga minggu yang lalu ia ditemui seorang pengawal keselamatan, Leighton Myers di sebuah kawasan industri tempat dia bekerja di Coventry.
Myers membawa si comel itu untuk diperiksa bagi mengetahui jika ia dipakaikan dengan cip pengesan.
Menurut kajian Persatuan Perubatan Veterinar Amerika, lebih 74 peratus haiwan yang dipakaikan cip pengesan, berjaya ditemui kembali dalam tempoh enam bulan selepas dilaporkan hilang.
"Saya terkejut ketika dihubungi. Pada mulanya, saya ingat rakan-rakan sengaja nak kenakan saya.
"Saya gembira kerana tidak terfikir akan bertemu Ruby kembali, apa lagi dalam keadaan baik dan sihat.
"Inilah kepentingan memakaikan cip pengesan kepada haiwan peliharaan anda," kata Harvey.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, personaliti, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#haiwan peliharaan
#kucing
#cip pengesan
#Coventry
#Bedfordshire
#Jordan Harvey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan