Keseronokan gaya hidup berganda dengan Huawei Smart Life!

Hasimi Muhamad
November 22, 2019 12:29 MYT
Berbanding jam tangan pintar lain, Watch GT 2 dilengkapi dengan jangka hayat bateri yang mampu bertahan selama dua minggu. - Gambar Huawei
KALAU artikel sebelum ini kami menjelaskan bagaimana anda boleh menjalani kehidupan yang produktif dengan Huawei Smart Life, dan ini pula lanjutan kepada siri tersebut.
Selepas anda membuat keputusan yang bijak untuk memilih Huawei sebagai ‘teman’ anda, kini masanya untuk menjadikan kehidupan yang lebih ‘cool’ bersama peranti-peranti tersebut.
Sudah bersedia? Jom kita tengok apa yang boleh membuatkan kehidupan anda bermakna dengan koleksi-koleksi Huawei Smart Life.
Siri Huawei Mate 30 – Miiki ciri Ultra Slow-mo
Jangan terkejut apabila anda menonton video di bawah ini, kerana itulah antara keistimewaan yang dimiliki Siri Huawei Mate 30.
Selain memiliki spesifikasi kamera yang terbaik, telefon pintar dengan prestasi hebat ini juga mempunyai ciri Ultra Slow-mo iaitu video gerak perlahan menerusi model dengan ketetapan 720P dan mampu mencapai 7,680 fps.
Dengan ciri tersebut, ia memberi gambaran jelas terhadap sesuatu objek yang diambil.
Tidak percaya? Anda lihat rakaman video tersebut bagaimana air di dalam belon itu masih berada dalam bentuk dan kedudukannya, walaupun belon itu sudah dipecahkan. Teruja bukan?
Matebook 13 – Kolaborasi pelbagai skrin
Baik, selepas merakam pelbagai video slow-mo menggunakan telefon pintar Siri Huawei Mate 30, sedarkah anda bahawa video tersebut boleh dipindahkan dengan mudah ke komputer riba anda?
Dilengkapi dengan EMUI 10 dan fungsi kolaborasi pelbagai skrin, anda boleh menyambungkan telefon pintar dan MateBook 13 dengan hanya sentuhan ‘One Tap To Share’ sahaja.
Kemudian, skrin telefon anda akan muncul di skrin komputer riba dan ia membenarkan pengguna untuk memindahkan pelbagai fail daripada telefon ke komputer riba dengan mudah dan cepat.
Seperti yang dipaparkan dalam video di atas, semuanya terbukti tidak mengecewakan pemilik.
Q2 Pro – Main ‘game’ dan tonton ‘live show’ tanpa batasan
Anda kini boleh menarik nafas lega dan mengucapkan selamat tinggal kepada gangguan jaringan internet.
Dengan adanya Q2 Pro, pengguna tidak lagi perlu berdepan masalah untuk menonton drama bersiri ataupun ‘live show’ kegemaran mereka.
Dengan kepantasan 200 megabit sesaat (Mbps), penggemar permainan dalam talian juga dapat menikmati aktiviti tersebut dengan lancar. Selain itu, Q2 Pro menghubungkan 128 peranti secara serentak.
Tambahan pula, ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Jadi, sekiranya anda melancong ke luar negara – anda tidak lagi perlu memikirkan masalah untuk mendapatkan jaringan internet.
Watch GT 2 – Jangka hayat bateri lebih lama
Dengan pelbagai fungsi dimiliki oleh Watch GT 2 termasuk menjawab panggilan telefon, sudah tentu jam tangan pintar ini memerlukan sistem pengecasan yang baik, bukan?
Berbanding jam tangan pintar lain, Watch GT 2 dilengkapi dengan jangka hayat bateri yang mampu bertahan selama dua minggu.
Bateri Huawei Watch GT2 yang hebat ini dijana oleh Kirin A1, dengan rekaan chipset berganda dan teknologi penjimatan tenaga yang terkini.
Mempunyai dua pilihan saiz 46mm dan 42mm – pengguna boleh menyesuaikan dengan saiz lengan masing-masing.
Nikmati pengalaman audio yang menakjubkan dengan Freebuds
Di sebalik pelbagai pilihan menarik yang diperkenalkan Huawei di pasaran pada masa ini, satu lagi aksesori yang wajib dimiliki oleh setiap pelanggan adalah Freebuds 3.
Fon telinga tanpa wayar itu didatangkan dengan kotak simpanan yang boleh digunakan untuk tujuan mengecas.
Ia dikuasakan dengan chipset Kirin A1, yang bertujuan untuk memberikan pengalaman audio yang memuaskan kepada pengguna.
Lebih istimewa, FreeBuds 3 adalah fon telinga open-fit TWS pertama di dunia dan ia mampu mengurangkan suara atau bunyi latar ketika anda sedang menjawab panggilan atau mendengar muzik.
Sehebat bunyi yang dihasilkan, FreeBuds 3 juga didatangkan dengan reka bentuk yang selesa, saiz yang tidak terlalu besar, selain dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.
Jadi, dengan adanya jaringan Wifi yang baik yang disediakan oleh Q2 Pro, FreeBuds 3 akan menyempurnakan lagi hari-hari anda ketika menonton rancangan kegemaran ataupun mendengar muzik.
Cermin Mata ‘Gentle Monster’ – Menjawab panggilan, mendengar lagu
Huawei mengorak selangkah lagi ke hadapan apabila tampil memperkenalkan cermin mata pintar Huawei x Gentle Monster.
Peranti dengan reka bentuk bergaya itu merupakan cermin mata dengan sambungan Bluetooth yang membolehkan pengguna menjawab panggilan telefon dan mendengar lagu.
Bagaimana mahu menggunakannya?
Pengguna hanya perlu menekan bahagian bingkai cermin mata tersebut untuk menjawab panggilan telefon atau mendengar lagu.
Selain menggunakan kuasa Intelligent Assistant (AI), cermin mata pintar tersebut turut dilengkapi dengan bateri 85mAh yang mampu bertahan lebih daripada 2 jam ketika menjawab panggilan telefon telefon atau mendengar lagu.
Ia turut dilengkapi dengan sarung kulit yang mampu menjadi pengecas tanpa wayar sehingga 8 jam.
Jadi, tunggu apa lagi? Rasai pengalaman ini bersama Huawei Smart Life sekarang!
Dengan jaringan internet yang lebih pantas, tiada lagi sekatan, lebih masa untuk menikmati pengalaman ini!
Gaya hidup pintar anda bermula dengan HUAWEI.
Dan berita gembira kepada semua pelanggan! Produk Huawei Smart Life kini boleh didapati di pasaran di seluruh negara.
Harga bagi Siri Huawei Mate 30 bermula dari RM2,799; MateBook 13 (dari RM3,599);
kaca mata Huawei x Gentle Monster (RM1,599); Watch GT2 (dari RM799); FreeBuds 3 (RM679); dan WiFi Q2 Pro (RM499).
Untuk mempelajari lebih lagi mengenai peranti Huawei Mate 30 Pro, kaca mata Huawei X Gentle Monster, Watch GT 2 dan Huawei FreeBuds 3 seperti yang dinyatakan di atas, jangan lupa layari laman sesawang https://shop.huawei.com/my/ atau @huaweimobilemy.
#FreeBuds 3 #Huawei #Huawei Smart Life #Huawei x Gentle Monster #Matebook 13 #Q2 Pro #Siri Huawei Mate 30 #telefon pintar #Watch G2