[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
LIFESTYLE

Kevin Zahri mohon maaf susulan tweet pembantu juruterbang 'gempal'

Kohilah Sekaran 01/08/2016 | 08:22 MYT
Pakar kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri memohon maaf atas kenyataan yang dimuat naik berkenaan saiz badan seorang pilot di laman Twitternya, hari ini.
Pakar kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri memohon maaf atas kenyataan yang dimuat naik berkenaan ‘saiz badan’ seorang pembantu juruterbang di akaun Twitternya, hari ini.

Kenyataan mohon maaf itu dikeluarkan selepas beliau dikecam netizen susulan memuat naik satu tweet yang kurang sensitif.

Baru-baru ini, pakar kesihatan itu mendakwa penerbangannya ke Brunei tertangguh selama 30 minit kerana tubuh pembantu juruterbang pesawat itu yang bersaiz besar.

Beliau berkata pembantu juruterbang itu tiba lambat dan kelihatan tercungap-cungap ketika tiba di pesawat itu.

Kevin turut menggelar pembantu juruterbang itu sebagai ‘over weight’.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Susulan itu, netizen mengecam kenyataan tersebut dan menegaskan yang personaliti itu tidak sepatutnya menghina pembantu juruterbang itu di media sosial.

Ada juga yang menyifatkan tindakan Kevin sebagai ‘body shaming’.

Tambah netizen, sebagai seorang pakar motivasi dan jurulatih kesihatan, beliau tidak sepatutnya mengutuk saiz tubuh badan orang lain.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun, Kevin memohon maaf atas kenyataan itu dan mengatakan beliau tidak berniat untuk menghina pembantu juruterbang tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Kevin Zahri #Kini Trending #media sosial #mohon maaf