Khairulaming trending dengan 4 menu air untuk berbuka puasa

Sinar Harian
Mac 24, 2023 00:10 MYT
Khairulaming kini trending selepas tampil dengan menu air minuman untuk berbuka puasa pada Khamis. - Gambar SINAR HARIAN
Pempengaruh yang juga selebriti masakan popular Khairulaming kembali trending di Twitter selepas tampil dengan menu air minuman untuk berbuka puasa.
Video berdurasi dua minit 42 saat yang dimuat naik pada Khamis menunjukkan cara penyediaan empat menu air iaitu teh bunga longan, jus oren soda, bandung laici dan coconut shake gula melaka.
Menurut Khairulaming, menu minuman yang ditampilkan kali ini ringkas dan mudah untuk disediakan.
"Antara minuman yang mudah disediakan ialah air bandung laici yang hanya menggunakan tiga bahan utama.
"Pertama blend satu tin buah laici bersama airnya... masukkan satu tin susu cair dan blend. Kemudian masukkan dalam jug yang mempunyai ais sebelum tambah sirap ros," terangnya dalam video berkenaan.

4 MENU AIR BERBUKA : Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici & Coconut Shake Gula Melaka. Semua air ni senang nak buat kat rumah pic.twitter.com/xXaFKeDYwc

— Khairulaming (@khairulaming) March 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Minuman berkenaan katanya, tidak perlu ditambah gula kerana sudah cukup manis.
Video berkenaan telah mendapat 1.7 juta tontonan dengan 16,900 retweets, 2,537 komen dan lebih 30,000 like.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#Khairulaming #Puasa 2023 #menu air buka puasa #bandung laici