KidzTechCentre: Kelas pengaturcaraan mesra kanak-kanak! Terap budaya automasi, robotik dari Jepun

Acara Alamak X Japan 2.0 yang dianjurkan di Rekascape, Cyberjaya pada Sabtu bertujuan mendekatkan kanak-kanak dengan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
CYBERJAYA: Tiada lagi alasan 'lemau' untuk belajar!
Ringkasan AI
- KidzTechCentre memperkenalkan pendekatan bersahaja dalam pembelajaran STEM untuk memudahkan pemahaman teknologi tinggi dalam kalangan generasi muda.
 - Kolaborasi dengan institusi akademik Jepun membawa budaya robotik, automasi, dan konsep smart farm menggunakan IoT serta AI ke Malaysia.
 - Fokus KidzTechCentre adalah pada pembelajaran penulisan kod bagi kanak-kanak serta menerapkan budaya kreatif Jepun dalam pendidikan teknologi di negara ini.
 
“Kita boleh tunjukkan bahawa kecerdasan buatan (AI) ini praktikal.
"Ramai pelajar hanya tahu ChatGPT sebagai aplikasi AI, sedangkan penggunaannya jauh lebih meluas dan berkait dengan kehidupan seharian," katanya ketika ditemui pemberita semasa acara Alamak X Japan 2.0, di sini pada Sabtu.
Dengan kerjasama institusi akademik Jepun seperti Zenkyoken dan Infinite Mind, KidzTechCentre membawa budaya robotik serta automasi dari negara matahari terbit ke Malaysia.
Selain seni origami dan karya anime dalam Alamak X Japan 2.0 yang menjadi perhatian peserta kanak-kanak, turut mencuri tumpuan adalah model smart farm menggabungkan internet kebendaan (IoT) serta kecerdasan buatan (AI).
"Dalam model smart farming, AI boleh mengesan tahap kelembapan dan secara automatik mengaktifkan kipas, semuanya tanpa penglibatan manusia.
"Seterusnya memberi amaran melalui buzzer dan lampu apabila penceroboh atau haiwan perosak dikesan," jelas Ammar.
Selain memperkenalkan konsep automasi, KidzTechCentre juga memberi tumpuan kepada pembelajaran penulisan kod bagi arahan komputer yang mesra kanak-kanak seperti Arduino serta Micro.bit.
“Ini antara kemahiran kritikal yang perlu diterapkan sejak awal. Kami buka kelas untuk pelajar berumur 6 hingga 17 tahun, ramai yang berminat menyertai selepas waktu persekolahan.
“Budaya ini kita ambil daripada Jepun, selepas sekolah, pelajar mereka terus ke kelas teknologi, penulisan kod dan pengaturcaraan. Inilah pembudayaan kreatif yang kita mahu bawa ke Malaysia," ujar Ammar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


