GAYA HIDUP
[KOLUMNIS] Kerap sakit jari, leher? Ancaman baharu akibat kerap guna telefon pintar
Ramai pengguna telefon pintar masih belum menyedari ancaman senyap terhadap kesihatan fizikal dan mental mereka. - Gambar hiasan
DALAM era digital yang semakin pantas, telefon pintar kini bukan sekadar alat komunikasi – ia sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian. Namun, kita kini berdepan dengan satu fenomena masalah kesihatan baharu yang semakin membimbangkan: kecederaan dan penyakit akibat penggunaan telefon pintar secara berlebihan, membabitkan hampir semua generasi sama ada yang muda atau pun warga emas.
Yang lebih membimbangkan, ramai masih belum menyedari ancaman senyap ini terhadap kesihatan fizikal dan mental mereka.
Antara masalah kesihatan yang paling ketara ialah text neck, iaitu kesakitan kronik pada bahagian leher dan bahu akibat postur menunduk semasa menggunakan telefon pintar. Kajian oleh Damasceno et al. (2018) menunjukkan beban ke atas leher boleh mencecah 27 kilogram apabila kepala menunduk pada sudut 60 darjah – satu postur lazim semasa membaca mesej atau melayari media sosial.
Data tempatan turut menunjukkan perkembangan yang membimbangkan. Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati lebih 79% rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar lebih dari enam jam sehari. Dalam kalangan pelajar sekolah menengah pula, kajian yang terdapat di jurnal Applied Ergonomics (2018) menunjukkan golongan orang muda dewasa banyak mengalami simptom sakit leher, bahu, atau tulang belakang yang dikaitkan dengan penggunaan peranti yang terlampau kerap.
Selain daripada isu text neck, sindrom ibu jari SMS (texting thumb) dan sindrom carpal tunnel juga semakin biasa berlaku. Kedua-duanya berpunca daripada pergerakan mikro yang berulang pada jari dan pergelangan tangan. Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh menjejaskan fungsi motor halus dan menyebabkan keradangan pada saraf serta tendon.
Bahagian siku juga tidak terkecuali di dalam hal ini. Ini biasa berlaku apabila kita kerap menggunakan telefon pintar ketika berbaring di atas tilam dan siku kita terpaksa menahan posisi menegak tersebut untuk tempoh yang lama. Jika ini biasa dilakukan setiap hari, maka kita berisiko tinggi untuk mendapat masalah keradangan di bahagian sendi siku. Harus diingat penyakit akibat kecederaan seperti ini selalunya mengambil masa untuk sembuh dan selagi tidak sembuh selagi itulah pergerakkan kita terbatas.
Gejala dan simptom ini kini bukan sahaja melibatkan golongan dewasa, bahkan kanak-kanak seawal usia sekolah rendah.
Namun begitu, ancaman ini tidak hanya menjejaskan struktur otot dan sendi kita. Kajian oleh Chang et al. (2015) turut mendedahkan bahawa pendedahan cahaya biru daripada skrin telefon sebelum tidur mengganggu rembesan hormon melatonin, menyebabkan insomnia dan kualiti tidur yang rendah. Gangguan tidur kronik pula berkait rapat dengan tekanan, kemurungan dan prestasi kerja atau akademik yang merosot.
Dalam menghadapi cabaran unik ini, bidang sains sukan boleh membantu sebagai pelindung kesihatan komuniti. Pakar senaman, kecederaan dan rehabilitasi sukan memainkan peranan penting dalam memberi panduan kepada masyarakat mengenai cara mengimbangi gaya hidup sedentari yang dipacu oleh teknologi.
Antara intervensi yang dicadangkan oleh pakar adalah termasuk latihan regangan dan mobiliti untuk leher, bahu dan pergelangan tangan yang boleh dilakukan setiap beberapa jam. Selain daripada itu, latihan kekuatan otot bahagian atas badan juga penting untuk menyokong postur badan yang lebih tegak.
Di samping itu, pendidikan ergonomik yang betul dan program intervensi komuniti di dalam kalangan pelajar dan pekerja pejabat atau orang awam juga boleh dijalankan melalui bengkel atau ceramah oleh pakar sains sukan.
Inisiatif lain seperti kempen kesedaran komuniti “Jom Rehat & Regang 5 Minit” boleh diperkenalkan di sekolah dan tempat kerja bagi membudayakan pergerakan fizikal berkala. Pendekatan ini bukan sekadar bertujuan memulihkan kesakitan, tetapi turut mendidik masyarakat untuk mencegah kerosakan jangka panjang terhadap sistem otot mereka.
Dalam hal ini, peranan sains sukan boleh diketengahkan dengan lebih agresif, bukan hanya di arena sukan prestasi tinggi, tetapi juga dalam kesihatan awam dan kesejahteraan komuniti. Kita perlukan pakar senaman dan kecederaan sukan bukan hanya di atas padang latihan atau gelanggang, tetapi juga di pejabat, sekolah, dewan komuniti, dan ruang digital – agar setiap rakyat Malaysia mampu bergerak lebih sihat, berdaya tahan, dan seimbang dalam era digital yang mencabar ini.
Sudah tiba masanya masyarakat memandang serius akan kesan sampingan penggunaan teknologi ke atas tubuh badan. Kita tidak menolak kemajuan, tetapi harus bijak menyeimbangkannya dengan gaya hidup aktif dan sihat. Seperti kata pepatah moden: “Teknologi harus memperkuat manusia, bukan melemahkan fizikalnya.”
* Dr Zulkhairi Azam ialah Timbalan Dekan (Hal Ehwal Murid), Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Universiti Teknologi MARA dan boleh dihubungi melalui emel zulkhairiazam@uitm.edu.my.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.