GAYA HIDUP
[KOLUMNIS] Pengimarahan masjid melalui aktiviti kelestarian alam di Kedah
Masjid berpeluang berfungsi semula sebagai ruang inklusif yang membuka minda, menyemai rasa tanggungjawab, dan membina hubungan bermakna antara belia, agama dan komuniti. - Foto: Nurfatin Zulkipli
ALOR SETAR: Masjid merupakan institusi ibadah yang membina kehidupan masyarakat secara menyeluruh, menjadi tempat menimba ilmu, berinteraksi dan mengukuhkan perpaduan umat dalam semangat persamaan dan musyawarah.
Di tengah kesibukan bandar dan kehidupan yang serba pantas, masjid yang dulu hidup dengan suara belia kini terasa semakin sepi.
Realiti ini dikongsi oleh Noor Muhammad Karim, 33, AJK Belia Masjid Al-Muhsinin, Sungai Petani, Kedah.
“Anak muda kurang memberi respons (kehadiran) kerana anak muda kata masjid tempat orang tua-tua”. Kebanyakan mereka belum menyedari peranannya sebagai institusi komuniti," katanya.
Pendapat itu selari dengan kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mendapati bahawa penglibatan belia terhad disebabkan pengurusan masjid yang kurang kondusif, tidak mesra dan tidak inklusif, serta pengisian yang gagal mendekati minat golongan muda.
Namun, kajian berkenaan juga membuka ruang kepada satu peluang penting -- keperluan untuk merangka pendekatan baharu yang lebih relevan dengan nilai dan keprihatinan belia masa kini. Antara pendekatan yang berpotensi ialah memperkenalkan aktiviti berasaskan alam sekitar sebagai medium pengimarahan masjid.
Pendekatan ini bukan sahaja selari dengan peranan masjid sebagai pusat pembinaan masyarakat, malah seiring dengan dapatan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan bahawa generasi muda, khususnya Gen Z, amat peka terhadap isu keadilan sosial, keterangkuman dan kelestarian alam sekitar.
Dengan menjadikan isu alam sebagai titik pertemuan, masjid berpeluang berfungsi semula sebagai ruang inklusif yang membuka minda, menyemai rasa tanggungjawab, dan membina hubungan bermakna antara belia, agama dan komuniti.
Penganjuran Inisiatif Kelestarian di Masjid
Inisiatif Kursi Kelestarian Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sime Darby (UKM-YSD) dalam penganjuran program berfokuskan kelestarian alam di masjid sekitar Kuala Kedah, antaranya, wajar dicontohi.
Dianjurkan buat pertama kalinya pada Mac 2024, Program Pemerkasaan Kelestarian Komuniti Terhadap Kesan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merupakan program intervensi bersama komuniti dengan memberi pendedahan berkaitan kesedaran menjaga alam sekitar, isu perubahan iklim dan sebagai perangsang kepada peserta mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari.
Bertempat di pekarangan Masjid As-Sa’adah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, program ini berjaya mendapat sambutan dan mengumpulkan seramai 170 orang termasuk wakil agensi tempatan serta wakil komuniti dari 5 buah kampung. Kerjasama yang baik daripada pengurusan masjid secara tidak langsung membantu kejayaan penganjuran program tersebut.
Menurut Pegawai Penyelidik UKM-YSD, Norzatul ‘Ezzah Hasan, tinjauan awal bagi mengenal pasti isu utama komuniti telah dijalankan terlebih dahulu sebelum menjalankan program intervensi.
“Masalah pertama yang kita nampak ialah daripada segi pengurusan sisa… yang bukan berpunca daripada penduduk kampung sendiri... apabila berlaku air pasang, sampah yang dibuang ditempat lain dibawa air pasang dan terperangkap di kawasan bakau,” katanya.
Selain itu, antara masalah utama ialah pengurusan sisa domestik yang tidak terurus di mana sisa dibuang ke tali air atau dibakar, seterusnya menyumbang kepada pencemaran, banjir kilat dan risiko kesihatan seperti denggi. Sumber pendapatan nelayan juga turut terjejas akibat pengurangan sumber marin dan cuaca ekstrem yang tidak menentu akibat impak perubahan iklim.
Modul, Impak dan Tindakan Komuniti
Sebagai tindak balas, modul khas iaitu Modul Pemerkasaan Kelestarian Alam Sekitar dibangunkan untuk panduan dan rujukan komuniti. Aktiviti program termasuk pengurusan sisa, air, tenaga, dan bencana, yang disusun untuk mendorong tindakan kolektif komuniti ke arah kehidupan lebih sihat dan lestari.
Selepas tempoh enam bulan setelah program dijalankan, pihak penyelidik UKM-YSD telah menjalankan tinjauan semula dan temu bual bersama peserta yang terlibat bagi menilai impak program tersebut.
Hasil awal temu bual mendapati sebahagian peserta berjaya mengurangkan bil elektrik dan air, manakala ada yang mula mengamalkan aktiviti kitar semula. Konsep jejak karbon pula, pada awalnya mencabar untuk difahami oleh masyarakat kampung, namun dapat ditangani dengan menggunakan pendekatan penceritaan yang lebih mudah.
Selain itu, untuk meningkatkan kesedaran kelestarian pantai, program pembersihan Pesisiran Pantai Mukim Tebengau turut diadakan. Dengan kekuatan seramai hampir 160 orang peserta dari komuniti setempat dan jemputan khas daripada pelbagai agensi kerajaan, wakil penyelidik dan komuniti setempat, sebanyak 726 kilogram berjaya dikumpulkan. Daripada jumlah itu, 422kg sampah telah diasingkan untuk dikitar semula.
Kesinambungan daripada kejayaan program yang dijalankan, UKM-YSD meneruskan usaha penganjuran program kelestarian di Masjid Al-Ma’ruffi di Seberang Kota, Kedah pada tahun 2025, melibatkan 120 peserta.
Penganjuran program di masjid merupakan satu pemilihan lokasi yang strategik bagi mengumpulkan komuniti setempat disamping membantu mengimarahkan rumah ibadat melalui program-program yang bermanfaat untuk komuniti dan bumi.
Ceramah kesedaran Cekap Tenaga oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) merupakan inti pati utama. Aktiviti lain termasuk pendidikan tentang jejak air, kitar semula kreatif, keselamatan makanan dan isu hakisan.
Pengerusi Majlis Ketua Kampung Seberang Kota, Maizura Md Yusof berkata, usaha seperti ini mengeratkan silaturahim, selain menambah ilmu masyarakat, serta membantu mengurangkan masalah sampah di kampungnya.
Pemerhatian UKM-YSD mendapati, biarpun masyarakat secara amnya semakin sedar tentang isu perubahan iklim namun begitu tindakan iklim yang diambil masih kurang. Justeru, usaha intervensi yang berterusan amat penting untuk menyokong perubahan sikap yang seiring dengan tindakan.
Selari Agenda Kelestarian Global
Peranan nilai keagamaan sebagai pemangkin perubahan tingkah laku dan tindakan kolektif dalam menjaga alam sekitar semakin diberi perhatian. Di peringkat global umpamanya, inisiatif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) seperti Faith for Earth Coalition, memperkasa kepimpinan berasaskan kepercayaan dalam memandu agenda kelestarian alam.
Manakala, dokumen Al-Mizan: Covenant for the Earth terbitan UNEP turut mengetengahkan perspektif Islam bagi memperkukuh tindakan global dalam menangani perubahan iklim, kehilangan biodiversiti, dan pencemaran.
Baru-baru ini Senator Zukifli Hasan dalam ucapan sempena peluncuran Dokumen Al-Mizan (Terjemahan Bahasa Melayu) mengingatkan, “Terdapat kelompangan dari sudut agama dalam menyampaikan wacana berkaitan alam sekitar yang membina di dalam khutbah atau kuliah.”
Beliau menambah, “Terdapat 6,784 masjid, 18,000 surau dan 2,000 surau jumaat dan belasan ribu imam, bersama agensi-agensi agama yang boleh digerakkan untuk memberi kesedaran alam sekitar.” Isu perubahan iklim, seperti cuaca panas melampau yang mengakibatkan kematian jemaah haji akibat ‘heat stroke’, turut dibangkitkan.
Sebagai khalifah di muka bumi ini, tanggungjawab umat Islam tidak terhenti di sejadah sahaja. Umat Islam dituntut untuk membuat kebaikan dengan sebaik-baiknya (ihsan), termasuklah memakmurkan alam dan memikirkan kemaslahatan manusia seluruhnya.
Krisis alam sekitar dan perubahan iklim yang semakin meruncing menuntut kita menilai semula cara manusia berinteraksi dengan alam dan menimbang semula setiap langkah dalam membina sistem ekonomi yang mempengaruhi kehidupan dan alam sekitar.
Apabila alam hanya dipandang sebagai komoditi untuk keuntungan, keseimbangan antara manusia dan bumi tergugat, begitu juga rasa tanggungjawab yang sepatutnya mengikat komuniti.
Justeru itu, masjid memainkan peranan yang penting sebagai pusat pemerkasaan komuniti melalui perkongsian ilmu, etika dan kerohanian untuk memacu tindakan kelestarian yang praktikal dan berterusan.

* Artikel oleh Nurfatin Zulkipli
** Artikel ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada inisiatif PANAS! Climate Change Stories in Malaysia oleh Science Media Centre Malaysia, dengan kerjasama WWF-Malaysia, dan disokong oleh British Council Alumni UK Climate Action Grant.
*** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan/atau berdasarkan pemerhatian bidang yang dijalaninya, serta tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.