awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos juadah Krismas cecah RM1,500, wanita ini kenakan bayaran kepada ahli keluarga

Agensi
Agensi
24/12/2022
04:30 MYT
Kos juadah Krismas cecah RM1,500, wanita ini kenakan bayaran kepada ahli keluarga
Seorang wanita di United Kingdom mengenakan bayaran antara 2.50 pound (RM13) dan 15 pound (RM79), mengikut usia kepada ahli keluarganya untuk menyediakan juadah bagi sambutan Krismas. - Gambar hiasan
PELIK tetapi benar.
Seorang wanita di United Kingdom mengenakan bayaran kepada ahli keluarganya untuk menyediakan juadah bagi sambutan Krismas.
Caroline Duddridge dari Cardiff berkata, dia mengenakan bayaran antara £2.50 (RM13) dan £15 (RM79), mengikut usia.
Duddridge berkata, idea itu tercetus selepas suaminya meninggal dunia pada 2015 yang menyebabkan separuh pendapatannya berkurangan.
Ketika itulah Duddridge memberi arahan supaya ahli keluarganya memindahkan wang akaun banknya sebelum mula memasak bagi sambutan Krismas.
Wanita berusia 63 tahun itu mengenakan bayaran kepada dua anak lelaki, tiga anak perempuan, dan enam orang cucu.
"Sesiapa yang tidak bayar sebelum 1 Disember, orang itu tidak boleh datang.
"Memang ada keluhan dan rungutan tetapi itu bukan masalah saya," katanya seperti yang dipetik portal BBC.
Dia yang bertugas sebagai pembantu pengajar melihat bayaran yang dikenakan berbaloi memandangkan dia perlu menyiapkan hidangan untuk tiga hari, iaitu dari 24 hingga 26 Disember.
Secara keseluruhan, kos untuk menyiapkan makanan selama tiga hari itu adalah kira-kira £300 (RM1,597).
Dia juga berharap cucu-cucunya akan melihat tradisi baharu tersebut sebagai kebiasaan apabila mereka dewasa.
“Saya berharap orang ramai tidak akan menganggap ia satu perkara yang buruk.
"Ia sangat adil. Saya bukan ingin mengaut keuntungan, ia sekadar untuk menampung kos," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Krismas
#Makan Malam
#kos hidangan
#Caroline Duddridge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan