awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud
Kerajaan Syria, SDF capai persetujuan gencatan senjata empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan pelajar gembira disapa Sultan Johor, diberi kejutan hidangan KFC

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/07/2016
08:58 MYT
Kumpulan pelajar gembira disapa Sultan Johor, diberi kejutan hidangan KFC
Sultan Ibrahim tidak keberatan beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang nampak teruja bertemu dengan baginda.Foto/Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, cukup dikenali bukan sahaja dalam kalangan rakyat Johor, malah rakyat Malaysia keseluruhannya, sebagai raja berjiwa rakyat.
Justeru apabila baginda terserempak dengan sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti aktiviti di pantai berhampiran Istana Sri Mersing, baginda tidak keberatan untuk beramah mesra dengan mereka, walaupun terpaksa memperlahankan kenderaan yang dipandu baginda.
Baginda ketika itu sedang bersiar-siar sambil memandu Land Rover berwarna jingga milik baginda di kawasan itu.
Dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Facebook, sikap prihatin baginda terserlah apabila antara soalan yang ditanya kepada kumpulan pelajar itu ialah "Makan sedap tak semua?"
"Kami belum makan," jawab kumpulan pelajar itu.
Sultan Ibrahim kemudiannya memberitahu yang baginda akan membelikan mereka hidangan Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai hidangan makan malam.
Janji itu dilunaskan baginda apabila 150 pek bungkusan KFC sampai ke Kem Pusat Kecemerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Mersing, untuk dinikmati oleh kira-kira 80 orang peserta program.
Turut disertakan bersama adalah pesanan baginda agar pelajar-pelajar terbabit berlajar bersungguh-sungguh serta menghormati guru-guru dan ibu bapa.
Apa yang dilakukan Sultan Ibrahim itu sekali lagi menambat hati netizen, yang menyatakan betapa bertuah rakyat Johor mempunyai seorang pemerintah seperti baginda.
Video itu setakat ini sudah mencatat lebih 300,000 tontonan sejak dimuat naik pagi tadi.
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan