Kurang 100 hari sebelum 2021 berakhir, majoriti netizen teruja #NakBalikKampung
Asyraf Roslan
September 25, 2021 01:40 MYT
September 25, 2021 01:40 MYT
SELEPAS perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran merentas negeri hanya akan diberi apabila negara mencapai 90 peratus vaksinasi populasi dewasa, ia seakan-akan memberi harapan baharu untuk anak-anak perantau di seluruh negara.
Mana tidaknya, hampir setahun lebih mereka merantau tidak dapat pulang ke kampung berjumpa ibu bapa dan saudara mara, jadi tidak hairanlah pengumuman perdana menteri pada 22 September itu membuatkan mereka teruja.
Dalam masa sama, pada 23 September lalu rupa-rupanya hanya tinggal 100 hari sebelum 2021 melabuhkan tirai dan kita semua akan melangkah ke tahun baharu 2022.
Sehubungan itu, sosial media Astro AWANI cuba mendapatkan reaksi orang ramai menerusi alam maya mengenai hasrat yang ingin mereka lakukan dalam baki tiga bulan tahun ini.
Rata-rata netizen berkongsi mahu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berjumpa dengan ibu bapa.
Tidak kurang juga, ramai sebenarnya tidak sedar sudah berjaya melalui pelbagai perkara sepanjang sembilan bulan tahun ini.
Jadi anda sudah boleh rancang awal-awal perjalanan, takut nanti nak balik kampung sesak pula.
Kita doakan agar Malaysia terus sihat, dan kita dapat menjalani kehidupan normal secepatnya.
Kalau anda pula, apa yang anda mahu lakukan sebelum tahun 2021 ini berakhir?