GAYA HIDUP
LADA Special Deals bersama MAG jadikan Langkawi tumpuan akhir tahun
Taman Geoforest Marmar Dayang Bunting 2. - Foto LADA
LANGKAWI: Pulau Legenda, Langkawi, bukan sekadar terkenal dengan pantai mempesona dan status UNESCO Global Geopark, malah kini tampil dengan tawaran istimewa yang pastinya menggamit pelancong.
Ringkasan AI
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melancarkan kempen “Langkawi Special Deals” dengan kerjasama Malaysia Aviation Group (MAG), menawarkan pelbagai pakej menarik termasuk diskaun sehingga 70 peratus untuk tarikan pelancongan, hotel, pengangkutan dan pusat beli-belah bebas cukai di pulau itu.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, yang merasmikan pelancaran itu berkata, ketika negara semakin menghampiri Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan komited memastikan sektor pelancongan terus berkembang.
“Langkawi Special Deals adalah contoh promosi strategik dan kolaborasi inovatif yang dapat merangsang ekonomi tempatan,” jelasnya.
Menerusi kerjasama ini, MHholidays, cabang pelancongan Malaysia Airlines, akan menawarkan pakej penerbangan dan hotel eksklusif dengan penjimatan sehingga RM400. Turut melengkapi tawaran tersebut ialah platform Journify yang memberikan rebat tambahan RM30 untuk lawatan dan tarikan di Langkawi.
Promosi ini akan berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus menegaskan pentingnya menyatukan pemain industri pelancongan di Langkawi.
“Langkawi Special Deals menjadi platform kolaborasi yang menyeluruh. Sasaran kita jelas untuk menjadikan Langkawi salah satu destinasi pulau paling menarik di dunia, dengan tawaran premium pada harga berbaloi,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Loyalty & Travel Services, MAG, Philip See, berkata sebagai destinasi ikonik dan hab utama dalam rangkaian, Langkawi adalah lokasi signifikan.
“Melalui MHholidays dan Journify, kami bukan sekadar memberi nilai berbaloi, tetapi pengalaman perjalanan premium yang lancar, diperkaya dengan keramahan orang Malaysia,” katanya.
Kempen ini menghimpunkan tawaran eksklusif daripada lebih 29 penyedia perkhidmatan termasuk kereta kabel, sunset cruise, kedai bebas cukai dan penginapan bertaraf antarabangsa. Dengan pakej lengkap sebegini, pelancong berpeluang menikmati pengalaman terbaik Langkawi tanpa membebankan bajet.
Langkawi Special Deals dijangka menjadi sorotan tahunan sekali gus mengangkat lagi kedudukan pulau itu sebagai hab pelancongan negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari laman rasmi www.naturallylangkawi.my atau ikuti kemas kini di media sosial Naturally Langkawi.
Ringkasan AI
- Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melancarkan kempen Langkawi Special Deals dengan kerjasama Malaysia Aviation Group (MAG), menawarkan pelbagai pakej menarik termasuk diskaun sehingga 70 peratus untuk tarikan pelancongan, hotel, pengangkutan dan pusat beli-belah bebas cukai di pulau itu.
- Langkawi Special Deals adalah contoh promosi strategik dan kolaborasi inovatif yang dapat merangsang ekonomi tempatan.
- Kempen ini menghimpunkan tawaran eksklusif daripada lebih 29 penyedia perkhidmatan termasuk kereta kabel, sunset cruise, kedai bebas cukai dan penginapan bertaraf antarabangsa.