awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 45 peratus pasangan muda terjerat hutang lepas kahwin, ini puncanya...

Gempak
Gempak
03/01/2026
23:20 MYT
Lebih 45 peratus pasangan muda terjerat hutang lepas kahwin, ini puncanya...
Menurut pendidik kewangan, Faiz Azmi terdapat pasangan yang sanggup membuat pinjaman peribadi dan menggunakan kad kredit semata-mata untuk menampung kos majlis perkahwinan. - Gambar hiasan/Gempak
DI Malaysia, ramai pasangan muda yang ‘terjerat’ dengan hutang selepas melangkah ke alam perkahwinan hanya kerana mahu mengadakan majlis kahwin yang kelihatan mewah dan ‘grand’.

Ringkasan AI
  • Pasangan muda di Malaysia terjebak dalam hutang selepas perkahwinan kerana mementingkan majlis kahwin yang mewah dan glamor.
  • Tekanan sosial, seperti keinginan untuk menonjol dalam majlis perkahwinan, menjadi punca pasangan membuat pinjaman peribadi untuk tujuan tersebut.
  • Pendidik kewangan menegaskan pentingnya kesedaran tentang hutang dan menasihatkan pasangan muda supaya tidak terpengaruh dengan tekanan sosial dalam merancang majlis perkahwinan.

Menurut pendidik kewangan, Faiz Azmi terdapat pasangan yang sanggup membuat pinjaman peribadi dan menggunakan kad kredit semata-mata untuk menampung kos majlis perkahwinan.
“Secara realiti, dekat Malaysia memang wujud pasangan yang pinjam duit daripada bank, buat personal loan semata-mata sebab nak buat majlis kahwin yang grand.
“Lebih daripada 45% daripada pasangan muda terjerat hutang selepas kahwin dan salah satu punca besar dia adalah pinjaman untuk majlis perkahwinan.Bukannya dia buat pinjaman tu sebab nak buat rumah. Bukannya sebab dia nak beli kereta yang lebih selesa untuk keluarga dia tapi sebab semata-mata nak jadi raja sehari,” katanya.
Tambahnya, fenomena ini berlaku bukan kerana keperluan mendesak tetapi disebabkan tekanan sosial termasuk tekanan keluarga, rasa tidak mahu kalah dengan saudara-mara, rakan-rakan serta keinginan untuk mengadakan majlis yang dianggap ‘wedding of the year’.
Hakikatnya, kata Faiz selepas majlis selesai, apa yang tinggal hanyalah pasangan itu sendiri dan beban hutang yang perlu ditanggung selama bertahun-tahun.
“Kenapa benda-benda macam ni boleh jadi? Ia disebabkan tekanan sosial yang berlaku di sekeliling mereka.
“Secara hakikatnya, habis je majlis tu yang tinggal cuma you, pasangan you dan yang paling besarlah yang akan kekal dengan you for the next 5, 6, 7, 10 years adalah hutang personal loan you itu.
“Kahwin ni adalah ibadah.Syarat sah nikah ada 5. Benda ni setiap video ada ulang-ulang-ulang banyak-banyak kali, pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, hijab dan kabul. Tak ada pun dalam satu daripada 5 syarat sah nikah ni yang cakap kena buat majlis kahwin yang besar-besar,” tambahnya.
Faiz juga menegaskan bahawa ilmu berkaitan perkahwinan sebenarnya telah diajar sejak di bangku sekolah dan diulang semula menerusi kursus pra-perkahwinan, namun masih ada yang memilih untuk mengabaikannya demi memenuhi ekspektasi orang lain.
Mengakhiri perkongsiannya, Faiz mengajak orang ramai untuk bermuhasabah dan berkongsi pengalaman agar ia menjadi pengajaran kepada pasangan lain supaya tidak memulakan alam rumah tangga dengan beban hutang yang tidak perlu. - Gempak
Topic Berkaitan
#hutang
#alam perkahwinan
#ibadah
#pinjaman peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan