awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Leka main 'game', remaja 14 tahun terhabiskan duit gaji ibu

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
16/12/2017
12:33 MYT
Leka main 'game', remaja 14 tahun terhabiskan duit gaji ibu
Anaknya tidak sedar duit di dalam akaun dipotong setiap kali dia membeli points berkenaan kerana tidak mendapat sebarang mesej daripada Playstation. - Gambar hiasan
Inilah padahnya kerana terlalu asyik bermain 'game'...
Seorang remaja berusia 14 tahun secara tidak sengaja terhabiskan duit gaji ibunya kerana leka bermain video permainan bola sepak FIFA di komputer.
Ini mengakibatkan kesemua baki duit gaji ibunya untuk tempoh sebulan habis dibelanjakan dan mereka tidak mempunyai wang yang tinggal untuk merayakan Hari Natal tidak lama lagi.
Wanita yang tidak ingin dikenali itu berkata, kad debitnya telah didaftarkan dengan FIFA 18 di Playstation anaknya, dan duit dalam akaun tersebut akan dipotong secara berkala setiap kali anaknya membeli ‘points’.
Menurutnya lagi, anaknya itu tidak sedar duit di dalam akaun dipotong setiap kali dia membeli ‘points’ berkenaan kerana tidak mendapat sebarang mesej daripada Playstation.
Bercerita kepada Irish Mirror, wanita ini berkata, dia bekerja keras bagi memastikan keluarganya dapat menyambut perayaan Hari Natal 25 Disember ini dengan lebih meriah.
Katanya, dia membuat pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua ibu bapa di luar sana agar sentiasa memantau dan mengawasi aktiviti anak mereka sekiranya tidak mahu peristiwa sama terjadi kepada mereka.
Topic Berkaitan
#FIFA
#game
#Hari Natal
#Ireland
#Irish Mirror
#PlayStation
#points
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan