GAYA HIDUP

Lelaki pun mahu cantik?

Astro Awani 25/07/2013 | 01:29 MYT
Soal kecantikan secara umumnya akan dikaitkan dengan golongan wanita, berbeza kini apabila golongan lelaki turut menitik-beratkan soal kecantikan.

Nampaknya, lebih ramai lelaki yang turut memikirkan tentang kecantikan dan golongan tersebut tidak malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan seperti spa untuk membuat rawatan muka dan kuku.

Ikuti laporan Astro AWANI bersama wartawan Hilal Azmi dalam rancangan Bisnes Alternatif yang membincangkan fenomena tersebut.
#bisnes alternatif #Hilal Azmi #SPA