awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lemang periuk kera jadi pilihan juadah raya warga Kuantan

Bernama
Bernama
03/07/2016
10:58 MYT
Lemang periuk kera jadi pilihan juadah raya warga Kuantan
200 biji lemang periuk kera habis dijual manakala lemang buluh terjual kira-kira 40 batang setiap hari. - Gambar Bernama
Lemang periuk kera kini menjadi pilihan warga di sini sebagai juadah Aidilfitri nanti selain ketupat dan lemang biasa yang dimasak di dalam buluh.
Peniaga lemang Abdul Rahim Abdul Ghani, 37, berkata beliau mula berniaga lemang periuk kera pertama kali pada Ramadan tahun ini dan mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada pelanggan terhadap lemang buatannya itu.
Abdul Rahim berkata setakat ini, beliau sudah mendapat tempahan raya kira-kira 500 biji lemang periuk kera dan lebih 200 batang lemang buluh daripada pelanggan sekitar sini sebagai juadah pada pagi raya nanti.
"Sepanjang bulan puasa ini, lemang periuk kera ini paling cepat habis dijual dengan harga mengikut saiz kecil hingga besar antara RM1 dan RM4. Boleh dikatakan setiap hari lemang periuk kera ini habis dibeli pelanggan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata secara purata, kira-kira 200 biji lemang periuk kera habis dijual manakala lemang buluh terjual kira-kira 40 batang setiap hari.
Ditanya penyediaan memasak lemang periuk kera, Abdul Rahim berkata kelongsong periuk kera perlu dibersihkan sebaik mungkin sebelum memasukkan pulut dan santan ke dalam kelongsong berkenaan untuk dikukus.
"Lemang periuk kera ini kena kukus bukan bakar macam lemang biasa dalam buluh ini. Mula-mula kita masukkan pulut dalam kelongsong periuk kera ini kemudian baru kita tuangkan santan di atas pulut sebelum dikukus.
"Isteri saya yang ditugaskan menyediakan lemang periuk kera ini sementara saya menumpukan kepada kerja membakar lemang buluh ini," katanya.
Beliau berkata kelebihan lemang periuk kera ini adalah rasanya yang sangat berlemak berbanding lemang biasa yang dibakar dalam buluh.
"Sesiapa yang belum pernah rasa lemang periuk kera ini, sekali makan pasti hendak lagi dan akan datang cari lagi lemang ini, sehinggakan membuat tempahan kepada saya untuk sambutan hari raya nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Abdul Ghani
#Lemang periuk kera kini menjadi pilihan warga di sini sebagai juadah Aidilfitri nanti selain ketupat dan lemang biasa yang dimasak di dalam buluh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan