LIFESTYLE
Lensa AWANI: Berbuka di puncak Bukit Broga
Berpuasa bukanlah penghalang untuk sebarang aktiviti mencabar seperti mendaki Bukit Broga.
BULAN Ramadan tidak menghalang team #LensaAwani untuk turut sama mencari peluang untuk berbuka di puncak Bukit Broga.
Keindahan matahari terbenam berjaya dirakamkan di lokasi yang amat popular dalam kalangan pendaki amatur sekitar Lembah Klang.
Kejayaan ini membuktikan bahawa berpuasa bukanlah penghalang untuk sebarang aktiviti mencabar.