Luang 3 jam sehari, Malaysia antara pengguna media sosial tertinggi di dunia

Wafa Aula
Mac 7, 2018 09:34 MYT
Menurut laporan, pengguna sosial media di Malaysia telah mencatatkan peningkatan kepada 9 peratus. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Secara purata, rakyat Malaysia meluangkan masa tiga jam sehari di media sosial sekali gus meletakkan negara ini antara 10 tertinggi di dunia.
Kaji selidik oleh The Global State, Hootsuite itu telah dijalankan melibatkan 239 buah negara bagi mengetahui trend terkini pengguna laman sosial di seluruh dunia pada tahun 2018.
Menurut laporan tersebut, pengguna sosial media di Malaysia telah mencatatkan peningkatan kepada 9 peratus.
Berdasarkan kaji selidik itu juga menunjukkan Malaysia mencatat jumlah 36 peratus penembusan penggunaan Instagram iaitu melepasi peratus purata dunia.
Manakala bagi penggunaan Facebook pula, Malaysia mencatatkan kadar penggunaan sebanyak 5.8 peratus iaitu di tangga keenam dunia.
Angka itu meletakkan Malaysia di belakang Belgium, Thailand, Jepun, Ghana, dan Filipina.
#Facebook #Hootsuite #Instagram #Malaysia #media sosial #pengguna media sosial #rakyat Malaysia #The Global State