KOTA BHARU: Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan menjadi pusat mualaf pertama di negara ini yang menjana pendapatan dengan mengusahakan cendawan tiram putih sejak Oktober tahun lepas.
Pengerusi MACMA Kelantan Dr Johari Yap Abdullah berkata pihaknya memiliki dua unit rumah cendawan pintar menggunakan sistem Imistroom dengan kapasiti maksimum 10,000 bongkah yang mampu mengeluarkan hasil sebanyak 3,000 kilogram (kg) satu musim.
Katanya, setiap satu rumah cendawan pintar menggunakan teknologi Internet Benda (IoT) itu didirikan dengan kos sebanyak RM30,000.
"Aktiviti jualan dan pemasaran cendawan diuruskan oleh Koperasi MACMA Kelantan Berhad dan keuntungan jualan juga akan dinikmati anggota koperasi yang juga merupakan ahli MACMA Kelantan," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, beliau berkata projek penanaman cendawan tiram putih ini sangat mudah dan diuruskan dengan konsep 2T iaitu tinggal dan tuai sahaja.
"Seramai 15 ahli jawatankuasa dan ahli terlibat secara langsung dalam projek ini.
"Mereka diberi latihan cara-cara menguruskan penanaman cendawan, selain mendapat upah daripada kerja-kerja berkaitan seperti memetik, membungkus, menghantar ke kedai serta membersihkan kipas rumah cendawan," katanya.
Menurut beliau, cendawan tiram putih yang diusahakan MACMA Kelantan dijual pada harga RM16 sekilogram.
"Selain dijual kepada peruncit, ahli-ahli MACMA Kelantan turut menghasilkan produk hiliran seperti cendawan tiram putih goreng, serondeng dan pekasam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023
Dr Johari Yap melihat hasil cendawan tiram putih yang diusahakan peserta MACMA ketika ditemui di pejabat MACMA di Taman Maju. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
MACMA Kelantan jana pendapatan usahakan cendawan tiram
MACMA Kelantan memiliki dua rumah cendawan pintar dengan kapasiti maksimum 10,000 bongkah yang mampu menghasilkan sebanyak 3,000kg semusim.