Mahu 'Beckham' dilahirkan semula, anjing disemadi ikut ajaran Buddha

Agensi
Mac 9, 2018 08:07 MYT
Beckham (anjing) disemadi mengikut upacara kepercayaan agama buddha kerana dipercayai boleh mempercepatkan kelahiran semula.-Foto South China Morning Post
Masyarakat biasanya melihat apabila berlaku kematian, si mati akan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Sudah pasti yang sering kita lihat adalah si mati merujuk kepada manusia tidak kiralah bapa, isteri atau sanak saudara.
Namun apa yang berlaku di Bangkok, Thailand, sebuah keluarga penganut agama Buddha melakukan upacara khas persemadian bagi anjing peliharaannya atau dipanggil sebagai Beckham.
Upacara itu dibuat kerana mempercayai ia boleh mempercepatkan kelahiran semula anjing itu selain memperbaiki karmanya, lapor South China Morning Post.
Menurut penjaga haiwan tersebut, Saythan Suwan, 43 tahun dia sudah menggangap anjing itu seperti darah daging sendiri.
“Beckham sudah seperti anak saya sendiri,” ujar Saytahan.
Dia turut memberitahu anjing itu setia kepada keluarga mereka kerana telah menjaga rumah, bermain dengan anak-anak selain turut berkongsi sebantal dengan mendiang nenek.
“Kami mahu berikan yang terbaik buat Beckham jadi dia akan ditempatkan di kedudukan yang terbaik untuk kelahiran akan datang.
“Sekiranya dilahirkan semula, saya berharap dia akan lahir dalam keluarga kami juga,” tambahnya lagi.
Bagi memastikan upacara itu diadakan, keluarga itu sanggup membayar untuk majlis semadian tertutup di kuil Wat Krathum Suea Pla di negara berkenaan.
Anjing itu diberikan nama Beckham bersempena dengan pemain bola sepak terkenal, David Beckham.
#anjing #Bangkok #beckham #Buddha #David Beckham #karma #Thailand