GAYA HIDUP
Malaysia kini punya pusat rawatan tubuh berteknologi AI
Beliau berkata, setiap sesi rawatan di Aluna Signature direka mengikut keperluan individu, memastikan pemulihan tubuh, minda dan emosi berlaku secara seimbang. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia kini memiliki pusat rawatan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang menggabungkan kepakaran manusia dan kaedah tradisional untuk mengesan ketegangan tubuh serta menilai tekanan emosi dengan lebih tepat.
Pengerusi Aluna Group, Ayu Zaimah, berkata, pusat dengan nilai melebihi RM1 juta itu diwujudkan bagi menangani masalah ketegangan otot, tekanan mental dan tidur tidak berkualiti yang semakin sinonim dalam kehidupan moden.
“Kaedah berkonsepkan ‘Intelligent Healing’, iaitu pendekatan rawatan yang mengimbangi kepakaran manusia, analisis teknologi AI dan tradisi penyembuhan kuno untuk pemulihan yang lebih menyeluruh.
“Ramai kini menghadapi sakit badan dan tekanan akibat gaya hidup sibuk. Aluna Signature bukan sekadar memberi kelegaan sementara, malah membantu mengenal pasti punca masalah untuk rawatan yang lebih menyeluruh,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Ayu berkata penggunaan AI melalui robot EMMA dibangunkan hasil kerjasama penyelidikan bersama Nanyang Technological University (NTU), Singapore General Hospital dan Mayo Clinic di Amerika Syarikat.
“Robot EMMA yang juga menggunakan AI dan sensor terkini membantu pesakit mengesan ketegangan otot, postur badan dan titik tekanan dengan lebih berkesan.
“Data yang dikumpul membolehkan ahli terapi merancang rawatan secara konsisten, fokus pada punca sebenar kesakitan,” katanya.
Selain teknologi moden, Aluna Signature turut mengekalkan pendekatan tradisional melalui rawatan Royal Bali Treatment, yang diinspirasikan daripada ritual penyembuhan Diraja Bali.
Katanya, gabungan rawatan tradisional dan AI memberikan pendekatan dua dimensi yang saling melengkapi.
“Rawatan tradisi Bali menyentuh aspek emosi dan spiritual, manakala AI memberikan ketepatan saintifik. Apabila digabungkan, ia menghasilkan pengalaman pemulihan yang lebih lengkap,” tambah Ayu.
Beliau berkata, setiap sesi rawatan di Aluna Signature direka mengikut keperluan individu, memastikan pemulihan tubuh, minda dan emosi berlaku secara seimbang.
“Dengan EMMA yang menggunakan teknologi AI ini, kami dapat mengenal pasti bahagian tubuh yang memerlukan pemulihan sebenar, menjadikan rawatan lebih berkesan dan berkekalan,” jelas Ayu.