Skip to main content

Gaya Hidup

Marah guru 'conteng' buku Iqra', ibu bapa dikecam netizen

61455861471_Iqra.jpg
TUGAS paling utama seorang pendidik adalah memastikan ilmu yang disampaikan mampu difahami secara total, seterusnya diamalkan secara berterusan.

Prinsip ini menjadi berganda lebih penting apabila pendidikan yang dimaksudkan berkaitan dengan ilmu agama.

Justeru, tindakan ibu bapa yang memarahi guru hanya kerana menconteng buku Iqra' anak mereka, mengundang rasa tidak puas hati netizen, khususnya golongan pendidik.

Gambar nota yang dilekat pada buku Iqra' berkenaan mula dimuat naik ke akaun Facebook milik seorang penulis, Norhayati Berahim, dan mula viral sejak Khamis.

 

Ibu bapa marahkan ustazahMohon doa supaya kita tidak jadi ibu bapa beginiGen Y kurang ajar kerana lahir daripada ibu bapa yang tidak beradabCredit Noor Azizah Mohd Amin

Posted by Norhayati Berahim on 

Golongan ibu bapa juga tidak ketinggalan meluahkan buah fikiran dan berpendapat bahawa tindakan ibu bapa terbabit agak keterlaluan.

 

Jadilah ibu bapa yang beradab untuk jadikan anak kita beradab..ibu bapa patut sedar,kalau dah rasa pandai sangat,ajar...

Posted by Naz Daud on 


 

Bila tak tanda , nanti ade mak ayah yg tanya "Anak tak mengaji ke kat sekolah ? " Bila ditanda .."Takpayah nak...

Posted by Aina Hanisa on 


 

Klu mcm tu x payah lh anta ank tu sekolah....ko je ajar sendiri kt umah....pndai Sgt......Aku klu buku2 ank Aku...

Posted by Lovely Fazryn Faz on 


 

Saya pun akan conteng Iqra pelajar2 saya bila perlu..bukannya conteng saja2 tapi conteng2 ilmu..nak bagi penerangan...

Posted by Ustazah Masita Sulaimi on 


 

Uhuk..uhuk..uhuk.. sedey..Encik/ puan / tuan yang berkenaan... dah pandai ajar anak tak perlu lah hantar anak ngaji...

Posted by Nor Izzati Miswan on 

Majoriti merasakan menconteng buku dengan tujuan mengajar bukanlah satu kesalahan, malah dalam situasi tertentu, ia merupakan satu keperluan.

Dalam masa yang sama, sikap ibu bapa yang memarahi guru tanpa usul periksa dibimbangi akan melahirkan lebih ramai generasi muda yang tidak beradab dan kurang rasa hormat terhadap golongan pendidik.

Advertisement

Must Watch Video