awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mark Zuckerberg mahu cipta AI seperti 'Jarvis' Iron Man

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
04/01/2016
03:05 MYT
Mark Zuckerberg mahu cipta AI seperti 'Jarvis' Iron Man
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan rancangan beliau untuk mencipta Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) bagi membantu mentadbir rumahnya. - Gambar fail
PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan rancangan untuk mencipta Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) atau lebih dikenali sebagai AI bagi membantu mentadbir rumahnya serta membantu kerjayanya.
Menerusi laman Facebooknya, Zuckerberg berkata, rancangan ini merupakan azam beliau bagi tahun 2016.
Menurut Zuckerberg, beliau akan mengajar AI memahami suaranya serta mengajar mengawal segala pergerakan di rumah.
"Anda boleh fikir ia mungkin seperti 'Jarvis' dalam Iron Man," katanya.
"Saya akan mengajar ia untuk membenarkan rakan-rakan ke dalam rumah dengan melihat wajah mereka apabila mereka membunyikan loceng pintu."
Bukan itu sahaja, Zuckerberg berkata beliau juga akan mengajar AI tersebut untuk mengawasi pergerakan anaknya, Max di bilik tidur ketika beliau tidak berada di sisinya.
"Saya akan mengajar ia untuk memberitahu saya jika ada sebarangan di bilik Max yang memerlukan pengawasan ketika saya tidak bersama anak saya.
"Dari segi kerja, ia akan membantu visualisasi data pada VR untuk membantu saya membina perkhidmatan yang lebih baik serta menerajui organisasi saya dengan lebih berkesan," sambung beliau.
Jutawan berusia 31 tahun itu juga berkata sudah pasti ia akan menjadi satu 'cabaran yang menyeronokkan' untuk mengatur kod AI tersebut.
Every year, I take on a personal challenge to learn new things and grow outside my work at Facebook. My challenges in...
Posted by Mark Zuckerberg on
Menurut Wikipedia, Kecerdasan Buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence) atau lebih dikenali sebagai AI merupakan kajian kejuruteraan mesin cerdas yang mampu melakukan fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia.
Istilah AI diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia.
Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas dalam bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.
Topic Berkaitan
#AI
#artificial intelligence
#Facebook
#Mark Zuckerberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan