McDonald's Jepun tawar nugget bersalut emas

Syafique Shuib
Jun 8, 2016 00:59 MYT
Peraduan media sosial ini memerlukan pelanggan perlu mencari maskot 'pencuri nuggets' yang dikenali sebagai Kaito Nuggets.
McDONALD'S sememangnya popular dengan simbol 'Gerbang Emas' atau ‘Golden Arches’, namun rangkaian makanan segera itu kali ini benar-benar akan memberi emas kepada para pelanggannya.
Ini kerana McDonald’s di Jepun kini memperkenalkan satu peraduan sempena musim panas bagi memperkenalkan dua sos baharu.
Pelanggan berpeluang untuk memenangi ketulan nugget bersalut emas 18 karat yang bernilai AS$1,500 (RM6077.92).
Peraduan media sosial ini memerlukan pelanggan mencari maskot “pencuri nugget” yang dikenali sebagai Kaito Nuggets.

pic.twitter.com/siiwEg1SEd

— (@McDonaldsJapan) June 5, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Maskot ini akan berada di beberapa lokasi McDonald’s di Jepun, dan pelanggan perlu tweet gambar maskot berkenaan.
Ini bukan pertama kali McDonald’s menawarkan peluang “keemasan” sebegini.
Pada bulan Mei, McDonald’s Jepun menawarkan peluang memenangi kentang goreng bersalut emas.

#/a> pic.twitter.com/rpOIkOk0ou

— (@McDonaldsJapan) May 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kini Trending #Mcdonald's #nuggets bersalut emas