awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meghan Markle keguguran anak kedua

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/11/2020
10:09 MYT
Meghan Markle keguguran anak kedua
Meghan Markle menyedari 'kehilangan' anak keduanya itu selepas mengalami kekejangan semasa menukar lampin anak sulungnya, Putera Archie Harrison Mountbatten - Windsor. - Gambar fail REUTERS
DUCHESS of Sussex, Meghan Markle hari ini mengesahkan beliau mengalami keguguran pada Julai lalu.
Pendedahan tersebut dibuat Markle dalam satu artikel yang disiarkan sebuah akhbar di Amerika Syarikat, dengan menyifatkan insiden tersebut sebagai satu kesedihan yang tidak dapat digambarkan.
Isteri kepada Putera Harry itu berkata, beliau menyedari 'kehilangan' anak keduanya itu selepas mengalami kekejangan semasa menukar lampin anak sulungnya, Putera Archie Harrison Mountbatten - Windsor.
“Saya sedar, ketika saya memegang anak pertama saya, saya sudah kehilangan anak kedua (yang dikandung),” kata beliau seperti dilapor New York Times.
Bekas bintang pelakon drama televisyen 'Suits' itu berkata, sejam selepas insiden tersebut, beliau mengalami kesakitan di rumahnya di Los Angeles sebelum dimasukkan ke hospital.
Insiden tersebut digambarkan oleh Meghan seperti “kehilangan dan kesakitan yang membelenggu setiap orang pada 2020”.
Lebih menyentuh hati, Meghan memberitahu, beliau menyaksikan bagaimana suaminya cuba menahan kesedihan yang dialami olehnya.
Meghan dan Putera Harry mendirikan rumah tangga pada Mei 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja itu dikurniakan seorang cahaya mata pada Mei 2019.
Januari lalu, Putera Harry dan Meghan mengumumkan menarik diri daripada tugas rasmi diraja di United Kingdom (UK) dengan memberi alasan mahu berdikari.
Topic Berkaitan
#Los Angeles
#New York
#Amerika Syarikat
#Meghan Markle
#Putera Harry
#Meghan Markle keguguran
#pasangan diraja
#Duchess of Sussex
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan