BANGKOK sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong dengan kehidupan malam selain budaya, lubuk 'shopping', urutan dan makanan Thai.
Bukan destinasi asing bagi rakyat Malaysia, tetapi untuk mereka yang baru pertama kali, mereka boleh menjadikan panduan ini sekiranya menjejakkan kaki ke bandar itu.
King Power Mahanakhon Skywalk
Meskipun bangunan pencakar langit tidak begitu popular, namun pengalaman naik ke tingkat paling atas King Power Mahanakhon mampu membuat pelancong terpesona dengan keindahan panorama 360 darjah Bangkok.
Merupakan antara bangunan tertinggi di negara itu, menaiki lif untuk ke tingkat 74 sambil disajikan tayangan multimedia dengan kelajuan mencecah 480 meter seminit sudah cukup membuatkan orang ramai teruja sebelum tiba ke puncak.
Gugup pada mulanya setelah tiba, namun pengalaman berada pada ketinggian 314 meter boleh digambarkan seolah-olah 'berjalan di atas langit'.
Malah pada ketinggian 310 meter di atas bangunan itu, pelancong boleh merasai pengalaman berjalan di atas lantai kaca.
Wat Arun
Sudah pasti apabila ke Bangkok atau nama rasminya Krung Thep Maha Nakhon, kebanyakan pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke Wat Arun atau dikenali ‘Temple of Dawn’ yang terletak di sebelah barat tebing Sungai Chao Phraya.
Ciri utama Wat Arun yang dihiasi dengan pelbagai kepingan porselin berwarna-warni selain dikelilingi patung Yaksha dan monyet menjadikan ia antara kuil yang menjadi pilihan pelancong apabila ke bandar ini.
Menariknya, pelancong boleh menyewa pakaian tradisional atau kebangsaan Thailand seperti Chakkri dan Suea Phraratchathan untuk pengunjung mengabadikan kenangan ketika bergambar di Wat Arun.
Selain itu, Bangkok juga terkenal dengan tempat-tempat keramat seperti Lakshmi dan Thao Maha Phrom untuk mereka yang menghajatkan sesuatu seperti cinta, rezeki dan kekayaan; mengikut kepercayaan masing-masing.
Urutan Thai dan spa
Menjadi kebiasaan apabila ke negara itu, pelancong luar tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan urutan Thai selepas penat seharian berjalan di kota itu.
Malah sudah menjadi rutin, segelintir mereka yang datang ke sini terutamanya wanita akan memilih untuk memanjakan diri di spa berikutan harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
Namun, bagi mereka yang mencari kelainan, anda kini turut boleh mempelajari teknik urutan Thai sebagai 'buah tangan' ilmu untuk dibawa pulang kembali ke negara masing-masing.
Pengalaman selama tiga jam di ThaiHand Massage Workshop menawarkan pembelajaran rawatan alternatif bagi melegakan sakit badan termasuk mempelajari cara betungku serta menyediakan tungku herba.
Budaya ‘Afternoon Tea’
Bangkok kini turut terkenal dengan ‘budaya kopi’, jadi tidak hairanlah kedai kopi lokal yang menawarkan pelbagai rasa unik tumbuh bak cendawan selepas hujan di sini.
Akan tetapi, tidak ramai yang tahu, budaya 'afternoon tea’ kini turut mendapat perhatian pelancong apabila datang ke sini.
Travel Fest Ulang Tahun Klook ke-9
Memudahkan lagi perjalanan melancong di bandar paling popular di Asia Tenggara itu, kebanyakan tempat-tempat menarik ini ditawarkan dalam Klook dengan harga yang lebih murah serta mengikut bajet masing-masing.
Banyak lagi diskaun yang ditawarkan dalam platform tempahan pelancongan dalam talian itu pada September ini menerusi 'Travel Fest Ulang Tahun Klook ke-9'.
Jangan risau akan perkhidmatan jalur lebar di sana kerana Klook turut menawarkan pembeliaan tempahan kad sim lebih awal melalui platform itu yang membolehkan anda memuat naik percutiaan dalam media sosial secara ‘live update’.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan tetapi untuk mereka yang mahu ke sini terutamanya buat pertama kali perlu merancang perjalanan sebaiknya.
Pelancong disarankan untuk menggunakan BTS (Skytrain), MRT dan teksi sungai susulan trafik yang agak sesak dan mencabar ketika ‘peak hour’ terutamanya sewaktu masyarakat di sana pulang bekerja.
Faliq Lajim
Wed Sep 13 2023
Bangkok sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong dengan kehidupan malam selain budaya, lubuk 'shopping', urutan dan makanan Thai. - Gambar Astro AWANI/Faliq Lajim
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Melihat Bangkok pada ketinggian 314 meter
Bangkok sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong dengan kehidupan malam selain budaya, lubuk 'shopping', urutan dan makanan Thai.
Klook rai ulang tahun kesembilan, pertumbuhan memberangsangkan pasca COVID-19
Platform tempahan pelancongan dalam talian, Klook bangkit semula dengan prestasi memberangsangkan, sekali gus menandakan kejayaannya di ulang tahun kesembilan.