KUANTAN: Membaca buku misteri di sebuah bilik misteri dalam suasana 'seram' antara tarikan baharu menara kedua tertinggi di Malaysia, Kuantan 188 di sini, sempena cuti sekolah.
Bilik itu, yang terletak di ruang legar menara berkenaan menempatkan buku berbahasa Melayu dan Inggeris nukilan penulis genre seram dan misteri terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, John Connolly, Derek Landy dan Stephen King.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) Nor Zahira Muhammad Azmi berkata bilik berkonsep misteri dan seram itu yang dibuka secara percuma bermula hari ini hingga hujung tahun ini, antara lain bertujuan menerapkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
"Buku terlibat dibawa dari Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah di sini dan genre seram serta misteri dipilih kerana kita mendapati buku sedemikian antara buku yang paling banyak menjadi pilihan pengunjung di perpustakaan," katanya.
Nor Zahira berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PPAP dan Kuantan 188 yang diwakili Pengurus Besarnya Khalisa Azman pada Majlis Perasmian Program Mystery Books di menara itu di sini hari ini.
Buku di bilik itu bagaimanapun tidak dibenarkan dibawa pulang, namun jika berminat, pengunjung boleh ke perpustakaan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari menara tersebut untuk proses pinjaman, katanya.
Konsep bilik misteri itu mula diperkenalkan di perpustakaan awam di Bentong dekat sini dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung khususnya golongan remaja kerana dikatakan memberi lebih penghayatan terhadap bacaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Pengunjung membaca buku misteri di sebuah bilik misteri dengan suasana seram yang direka khas antara tarikan baru di menara kedua tertinggi di Malaysia, Kuantan 188. - Bernama
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Pelabur asing akhiri jualan lapan minggu, aliran masuk RM292 juta
Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM292.2 juta, menurut penyelidikan MIDF Research.
Sarawak komited jalin kerjasama denga Sweden
Lawatan kerja itu sebagai membalas jemputan oleh Menteri Perbadanan Pembangunan Antarabangsa Sweden Johan Forssel semasa pertemuan mereka tahun lepas.
Akaun fleksibel penuhi keperluan kecemasan M40, B40
Pengeluaran dijangka sederhana berikutan KWSP pada 2021 menganggarkan bahawa 60 peratus ahlinya telah kehabisan baki Akaun 2, kini dinamakan sebagai Akaun Sejahtera berikutan kemudahan pengeluaran yang disediakan ketika pandemik.
Membaca di bilik misteri, seram, tarikan baharu Kuantan 188
Bilik berkonsep misteri dan seram itu yang dibuka secara percuma bermula hari ini hingga hujung tahun ini.