Sekiranya mereka yang dijangkiti terus bertambah, ia secara tidak langsung menjejaskan perawatan dan penjagaan pesakit kanser itu.
Banyak perubahan berlaku untuk melawan wabak ini dan menjejaskan pesakit kanser payudara, antaranya penangguhan dan pengurangan temujanji, mengelakkan konsultansi dan prosedur tatap muka, malahan seboleh mungkin melakukannya secara dalam talian atau telemedicine.
Pesakit yang berkemampuan mungkin tidak mempunyai masalah untuk untuk meneruskan rawatan kanser di hospital swasta tetapi sebaliknya bagi yang tidak berkemampuan.
Perkara ini pastinya mewujudkan kebarangkalian ada pesakit yang mengelak atau memberhentikan rawatan yang diterima, tambahan kerisauan atau bimbang dengan risiko jangkitan COVID-19.
Justeru, sejauh manakah impak pandemik COVID-19 menjejaskan kesihatan mental dan fizikal pesakit?
Apakah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pesakit kanser payudara mendapatkan rawatan kala pandemik COVID-19?
Apakah jenis rawatan kanser payudara yang harus diteruskan sewaktu pandemik COVID-19?
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, bagaimana pula kanser payudara dikesan?
Apakah gejala awal dan perawatan yang diterima sekiranya didiagnosis dengan penyakit itu?
Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S17 membincangkan isu “LAWAN KANSER PAYUDARA KALA PANDEMIK: APA YANG ANDA PERLU TAHU!”.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com pada 28 Oktober 2020 ini, jam 11 pagi.
Panel yang akan menyertai sesi dikendalikan oleh Editor Astro AWANI, Jasmine Abu Bakar, ialah Pengurus Besar & Pengarah Perubatan, National Cancer Society Malaysia, Dr. Murallitharan M., Pakar Psikiatri, Hospital Putrajaya, Dr. Siti Halimatul Saadiah Hassan dan pejuang kanser payudara, Siti Nor Hafiza Kamarudin.