LIFESTYLE

'Merarau', 'gabi', istilah baharu bahasa Melayu?

Madiha Abdullah 27/04/2016 | 10:19 MYT
Belum dapat dipastikan jika penamaan semula ini sudah dimuktamadkan, atau ia benar-benar dari DPB. Foto/Twitter
"JOM pergi merarau!"

Apa yang muncul dalam fikiran anda apabila rakan anda berkata begitu kepada anda?

Pastinya pelik dan tidak faham, bukan?

'Merarau' dikatakan istilah baharu yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggantikan istilah makan tengah hari yang diguna pakai sebelum ini.

Foto yang mengandungi istilah-istilah baharu itu rancak dimuat naik dan dikongsi ke laman sosial, sekaligus mengundang pelbagai komen dan reaksi lucu daripada netizen.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ada yang melihat penamaan semula adalah sesuatu yang baik kerana ia membantu memperbanyakkan dan meluaskan tatabahasa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Tetapi ramai juga yang merasakan penamaan semula itu bukan satu keperluan.

Sebaliknya, DBP dicadangkan agar menumpukan kepada penterjemahan istilah asal bahasa Inggeris, antara istilah atas talian seperti retweet dan like.

Selain makan tengah hari, antara istilah lain yang dikatakan dinamakan semula adalah minum petang (cicipan) dan minum malam (gabi).

Pihak DBP belum dapat dihubungi untuk pengesahan.
#DBP #Dewan Bahasa dan Pustaka #istilah