Merecik!!! Nasi Lemak Pak Nasser AirAsia paling laris di udara

Malik Ridhwan
Disember 26, 2018 12:19 MYT
Seperti dicatat dalam menu dalam penerbangan AirAsia Santan, Nasi Lemak Pak Nasser antara yang paling popular, sehinggakan ada yang mengidam untuk mendapatkannya di darat. - Foto
NASI Lemak semestinya hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan dimakan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam. Malah turut dihidangkan waktu rehat bersama kopi dan hakikatnya dimakan bila-bila masa sepanjang hari!
Bunyi macam tidak masuk akal, tetapi rakyat Malaysia gila makan dan jika mereka ke luar negara, pastinya restoran Malaysia akan dicari untuk mengenyangkan perut masing-masing dengan nasi lemak.
Sebab itulah Nasi Lemak antara hidangan panas paling popular dalam penerbangan AirAsia.
Bagi mereka yang sering terbang bersama syarikat penerbangan tambang rendah itu, pasti pernah merasa keenakan Nasi Lemak Pak Nasser.
Popularitinya bukan kerana ianya adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia, akan tetapi versi nasi lemak ini yang dihidangkan di paras 30,000 kaki sangat sedap rasanya.
Seperti dicatat dalam menu dalam penerbangan AirAsia, Nasi Lemak Pak Nasser antara yang paling popular, sehinggakan ada yang mengidam untuk mendapatkannya di darat.
Pada awal November lalu, seorang wanita hamil, mengidam mahu menikmati nasi lemak tersebut sehinggakan suaminya terpaksa menggunakan kuasa viral di media sosial dengan menyeru netizen yang menaiki penerbangan AirAsia untuk membelikannya Nasi Lemak Pak Nasser.
Malah, hari ini, AirAsia Indonesia dalam satu catatan di Twitternya memaklumkan, Nasi Lemak Pak Nasser hidangan paling banyak dipesan untuk tahun 2018.

Dari 9 menu Santan yang bisa kamu pesan, Nasi Lemak Pak Nasser menjadi menu yang paling banyak dipesan di tahun 2018, lho! Pernah merasakan kelezatan menu Santan satu ini? Kalau belum, kamu bisa pesan duluan di https://t.co/3ilBgLC6RO atau aplikasi AirAsia! #AirAsiaSantan pic.twitter.com/LWY0VVsvlG

— AirAsia (Bahasa Indonesia) (@AirAsia_indo) December 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini, sebanyak 126,051 Nasi Lemak Pak Nasser dijual untuk dihidangkan kepada penumpang AirAsia.
Nasi Lemak Pak Nasser dihidangkan dengan sambal cili Pak Nasser dan rendang ayam, dilengkapi dengan ikan bilis, kacang tanah dan separuh telur rebus.
Teringin makan nasi lemak enak ini? Bolehlah buat tempahan sebelum penerbangan anda bersama AirAsia pada harga RM10 (pra-tempahan) atau RM15 (dalam penerbangan).
#AirAsia #AirAsia Santan #nasi lemak #Nasi Lemak Pak Nasser