[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
LIFESTYLE

Michelle Obama sertai 'Snapchat', umum tampil dalam 'Carpool Karaoke'

Syafique Shuib 23/06/2016 | 09:18 MYT
Michelle Obama sertai Snapchat pada Selasa dan umum sertai segment 'Carpool Karaoke'. -Gambar: Snapchat
JIKA hanya penyanyi popular yang sering menjadi tetamu untuk segmen ‘Carpool Karaoke’ yang dikendalikan oleh pengacara dan pelakon Britain, James Corden, kini giliran isteri Presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama untuk duduk di kerusi panas itu.
Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Snapchat beliau yang baharu dibuka pada hari Selasa dengan menggunakan nama @FLOTUS.
Ia turut diumumkan oleh pihak penerbit program The Late Late Show dimana rakaman di lakukan di Washington D.C.
Segment ‘Carpool Karaoke’ sebelum ini pernah menampilkan penyanyi popular seperti Adele, Justin Bieber, Jennifer Lopez dan Selena Gomez.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memetik laporan The Huffington Post, tujuan Michelle menggunakan platform berkenaan adalah untuk berkongsi detik-detik menarik ketika lawatan beliau bersama kedua-dua anak perempuannya Malia dan Sasha ke Liberia, Morocco dan Sepanyol.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rangkaian media sosial Snapchat kian popular dan dilaporkan mempunyai 10 juta pengguna aktif di United Kingdom.
Berbeza dengan platform lain seperti Facebook dan Twitter, aplikasi tersebut membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video berdurasi 10 saat.
Video perkongsian akan dipadamkan selepas 24 jam ia dimuat naik.
#James Corden #Kini Trending #Michelle Obama