Minum minuman masam boleh pecah lemak, turunkan kolesterol? Ini penjelasan doktor

Keluarga
Januari 30, 2022 02:49 MYT
Dr Erna Nadia berkata dengan mengamalkan hidup sihat sahaja mampu membantu tubuh badan menjadi sihat dan bukannya dengan hanya mengamalkan minuman masam seperti limau dan lemon. -Keluarga
SETIAP insan baik lelaki atau perempuan ingin kelihatan cantik, kemas, dan bergaya.
Salah satu masalah yang sering dihadapi adalah berat badan. Oleh itu, mereka sanggup mengambil makanan tambahan atau minuman masam untuk mendapat berat yang ideal.
Namun tahukah anda cara ini tidak dapat membantu mencapai impian itu.
Perkongsian Dr Erna Nadia dalam hal ini berpandangan bahawa dengan mengamalkan hidup sihat sahaja mampu membantu tubuh badan menjadi sihat.
Dan pastinya bukan dengan hanya mengamalkan minuman masam seperti limau dan lemon.
Ikuti perkongsian ini.
"Adakah dengan minum minuman masam seperti air lemon/ air limau atau apa sahaja yang ada unsur masam boleh memecahkan lemak atau turunkan kolesterol?
Jawapannya: Tidak.
Jadi, bagaimana nak pecahkan lemak dan turunkan kolesterol?
Jawapannya: Kena jaga makan dan bersenam.
Tidak ada produk yang boleh pecahkan lemak dan turunkan kolesterol melainkan jika perlu makan ubat.
Begini caranya
Tak perlu bazir untuk sesuatu yang tidak perlu ya.
Nak pecahkan lemak, perlu bersenam dan makan makanan sihat.
Nak turunkan paras kolesterol jahat, perlu jaga makan dan kurangkan makanan tinggi lemak terutamanya makanan yang tinggi lemak tepu seperti lemak haiwan ( biasanya yang berdaging merah, makanan laut).
Apakah tanda tanda kolesterol tinggi?
Bagaimana nak periksa?
Boleh ke mana-mana klinik/hospital/lab untuk pengambilan darah.
Puasa dahulu ya, meaning that malam sebelum pergi buat test tu, lepas pukul 10 malam, tak perlu makan apa apa dah, air masak boleh minum, pagi tu boleh terus pergi periksa darah.
Insya-Allah kita semua boleh sihat dan comel."
Artikel asal di portal Keluarga

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#minuman masam #kolesterol #air lemon #Erna Nadia