GAYA HIDUP
MrBeast pertimbang lancar perkhidmatan talian telekomunikasi berasaskan MVNO

MrBeast kini sedang melihat untuk memperluaskan penawaran ke perniagaan lain. - Gambar/ Amanz
MRBEAST merupakan salah seorang penerbit kandungan popular di YouTube, dan mempunyai angka pengikut yang paling tinggi di platform tersebut. Tidak setakat itu, MrBeast turut mempunyai kerjasama kandungan bersama Amazon Prime Video, selain turut menghasilkan makanan seperti coklat.
Ringkasan AI
- MrBeast merancang untuk melancarkan syarikat telekomunikasi sendiri seawal tahun 2026 melalui konsep MVNO, menggunakan infrastruktur sedia ada dengan penjenamaan dan pelan tersendiri.
- Pasukannya sedang membentangkan idea kepada pelabur dengan sasaran memperluaskan penawaran ke bidang lain termasuk perkhidmatan kewangan.
- Langkah ini mengikuti jejak selebriti seperti Ryan Reynolds dan pempengaruh tempatan seperti Cikgu Shaari yang telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pelan khusus kepada pengikut mereka.
Buat masa ini, difahamkan pasukan MrBeast sedang dalam proses bentangkan idea ini kepada pihak pelabur, termasuk dengan sasaran memperluaskannya kepada perkhidmatan kewangan dan lain-lain.
Sebelum ini, Ryan Reynolds, salah seorang pelakon terkenal hadir dengan perkhidmatan telekomunikasi tersendiri, yang kemudiannya menjual syarikat berkenaan. Di Malaysia pula, sudah ada pempengaruh bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi dalam menawarkan pakej khusus untuk pengikut mereka, dan yang terbaharu adalah pelan Cikgu Shaari OneXOX. - Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami