Mudah naik marah? 5 tips bantu anda bertenang

Madiha Abdullah
Julai 4, 2020 02:32 MYT
Marah yang keterlaluan akan membawa banyak perkara negatif, seperti menjejaskan imej sendiri dan hubungan anda dengan orang lain.
MARAH merupakan emosi biasa yang ada pada setiap manusia. Namun, marah yang keterlaluan akan membawa banyak perkara negatif, seperti menjejaskan imej sendiri dan hubungan anda dengan orang lain.
Lima cara di bawah mudah dipraktikkan, sesuai bagi anda yang mudah naik marah.
1. Berfikir sebelum anda bercakap
Setiap kali perasaan marah menyelubungi diri anda, tarik nafas. Ambil masa untuk berfikir apa yang anda mahu luahkan kerana percakapan semasa marah kebiasaannya dipengaruhi emosi.
2. Luahkan selepas tenang
Apabila anda sudah tenang, luahkan kekecewaan anda dengan tegas tetapi tidak konfrontatif. Nyatakan kerisauan dan keperluan anda dengan jelas dan dalam nada yang terkawal.
3. Kenal pasti penyelesaian mudah
Daripada memusatkan perhatian pada perkara yang membuat anda marah, sebaiknya anda berusaha menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Adakah bilik anak anda yang tidak kemas menimbulkan kemarahan? Tutup pintu itu. Adakah pasangan anda balik lambat untuk makan malam? Jadualkan waktu makan yang sesuai atau buat perjanjian untuk makan bersama pada hari tertentu dalam seminggu. Ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan memperbaiki apa-apa, sebaliknya mungkin hanya akan membuat keadaan lebih teruk.
4. Rehatkan diri
Cari aktiviti yang membuatkan anda tenang. Anda boleh mendengar muzik, melukis atau melakukan senaman yoga.
5. Jangan menyimpan dendam
Percayalah, memberi kemaafan sangat berkesan untuk menenangkan diri anda. Bukan itu sahaja, kemaafan juga membolehkan anda belajar sesuatu atau mengambil pengajaran daripada situasi tersebut.
#cara kawal kemarahan #emosi #hubungan #marah