Nak kekal berat badan Ramadan ke Syawal? Ini tips untuk anda

Khairunnisa Kasnoon
Jun 14, 2018 22:46 MYT
Setelah sebulan berhempas pulas menurunkan berat badan, jangan pula nanti makan semua tanpa peduli kalori dan kolestrol. - BERNAMA/Fail
HARI RAYA adalah hari kemenangan buat seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa.
Selama 30 hari itu, pastinya ada yang mengambil kesempatan menambah amal jariah untuk pulangan yang berlipat kali ganda.
Apa yang pasti, kesempatan itu juga diambil sepenuhnya bagi mereka yang berazam menurunkan berat badan.
Paling bahagia, apabila usaha itu berjaya. Dua kilogram pun nampak perubahan.
Tetapi, janganlah pula tibanya Syawal boleh makan semua tanpa peduli kalori dan kolestrol.
Jangan nanti Ramadan turun 2kg, baru 3 Syawal dah naik 4kg.
Sia-sia sahaja usaha.
Jadi bagi mengelakkan kekecewaan, ini sedikit perkongsian tip yang mungkin boleh membantu anda mengawal jumlah kalori dan kolestrol semasa Raya.
Lemang (sepotong) / Rendang Ayam (2 ketul) = 100 kalori
Aktiviti membakar 100 kalori:
Brisk walk = 30 minit
Joging = 15 minit
Berbasikal = 10 minit
Ketupat (8 kiub kecil) = 80 kalori
Aktiviti membakar 80 kalori:
Brisk walk = 20 minit
Joging = 10 minit
Berbasikal = 15 minit
Kuah Kacang (1 senduk) / Rendang Daging (2 ketul) = 130 kalori
Aktiviti membakar 130 kalori:
Brisk walk = 35 minit
Joging = 15 minit
Berbasikal = 20 minit
Lontong dan Sayur Lodeh = 260 kalori
Aktiviti membakar 80 kalori:
Brisk walk = 70 minit
Joging = 30 minit
Berbasikal = 40 minit
Almond London (sebiji) / Tart Nenas (sebiji) = 50 kalori
Aktiviti membakar 50 kalori:
Brisk Walk = 15 minit
Joging = 6 minit
Berbasikal = 8 minit
Nak raya ni bukan sahaja anda perlu rancang perjalanan, tapi nak makan pun perlu perancangan demi hidup yang lebih sihat.
Barulah usaha anda berbaloi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin!
#Aidilfitri #amal jariah #berpuasa #hari kemenangan #hari raya #Ramadan #Umat Islam