GAYA HIDUP
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Di Malaysia, setiap kelahiran adalah wajib didaftarkan secara sah. Proses ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia tertakluk kepada tiga perundangan utama. - Foto Astro AWANI/Rizal Sukaimi
MEMBERI nama kepada anak adalah antara detik paling bermakna buat mama dan papa. Ia bukan sekadar panggilan harian, tetapi identiti rasmi yang akan dibawa oleh si kecil sepanjang hayat. Namun, tahukah anda bahawa nama anak boleh ditolak JPN sekiranya tidak mematuhi garis panduan tertentu?
Ringkasan AI
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa proses penamaan kanak-kanak perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kebajikan dan kepentingan terbaik kanak-kanak sentiasa terpelihara, bukan sahaja ketika kecil tetapi juga apabila dewasa kelak.
Pendaftaran kelahiran tertakluk kepada undang-undang
Di Malaysia, setiap kelahiran adalah wajib didaftarkan secara sah. Proses ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia tertakluk kepada tiga perundangan utama, iaitu;
JPN ada kuasa menolak nama anak
Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa nama anak boleh ditolak JPN sekiranya dianggap tidak sesuai. Berdasarkan Seksyen 16, Akta 299, Pendaftar Besar mempunyai kuasa penuh untuk mendaftarkan atau menolak sesuatu nama jika didapati tidak menyenangkan, tidak sesuai atau tidak diingini.
Keputusan ini bukan dibuat secara suka-suka, sebaliknya bertujuan melindungi kanak-kanak daripada kesan negatif dari sudut sosial, emosi dan psikologi yang mungkin timbul akibat penggunaan nama tersebut apabila mereka membesar.
Kategori nama yang boleh ditolak JPN
1. Penamaan Yang Tidak Sesuai (Undesirable)
Antara kategori utama di mana nama anak boleh ditolak JPN ialah penamaan yang dianggap tidak wajar atau tidak sesuai sebagai identiti rasmi. Contohnya termasuk;
2. Nama tidak menyenangkan atau tidak diingini
Nama yang membawa maksud buruk, lucah, menghina atau berunsur negatif juga termasuk dalam kategori di mana nama anak boleh ditolak JPN. JPN menitikberatkan kesejahteraan mental dan emosi kanak-kanak supaya mereka tidak terbeban dengan nama yang boleh memberi kesan psikologi jangka panjang.
3. Penggunaan gelaran keturunan tanpa kelayakan
Gelaran keturunan bukan boleh digunakan sesuka hati. Ia hanya boleh diwarisi melalui bapa dalam perkahwinan yang sah. Sekiranya bapa tidak mempunyai gelaran keturunan tetapi ibu memilikinya, maka gelaran tersebut tidak boleh diturunkan kepada anak.
Antara contoh gelaran keturunan ialah Tengku, Engku, Megat, Syed, Sharifah dan Nik. Penggunaan gelaran tanpa kelayakan boleh menyebabkan nama anak boleh ditolak JPN semasa pendaftaran kelahiran.
Boleh betulkan nama anak? Ini yang mama papa perlu tahu
Dalam situasi tertentu, pembetulan atau perubahan nama masih boleh dilakukan tertakluk kepada umur kanak-kanak dan peruntukan undang-undang.
Kanak-kanak bawah satu tahun
Pembetulan maklumat masih boleh dibuat dalam Daftar Kelahiran sekiranya terdapat kesilapan atau nama didapati tidak sesuai.
Kanak-kanak melebihi satu tahun
Perubahan nama hanya boleh dipohon semasa permohonan MyKad atau selepas memiliki MyKad. Pertukaran nama ini hanya akan dipaparkan pada MyKad, manakala Akta 299 tidak membenarkan sebarang perubahan dibuat pada sijil kelahiran.
Pesanan buat mama papa
Nama adalah doa dan harapan ibu bapa buat anak. Oleh itu, pilihlah nama dengan penuh pertimbangan, bukan sahaja dari segi keindahan bunyi, tetapi juga maksud, kesesuaian budaya, perundangan serta kesan jangka panjang terhadap kehidupan anak. Elakkan situasi di mana nama anak boleh ditolak JPN demi masa depan si kecil yang lebih terjamin. - PaMa
Ringkasan AI
- Proses penamaan kanak-kanak perlu mematuhi garis panduan JPN dan KDN bagi kebajikan anak.
- Nama anak boleh ditolak JPN jika tidak sesuai, termasuk singkatan, nombor, nama haiwan, atau nama tidak senonoh.
- Pembetulan nama anak boleh dilakukan mengikut undang-undang, tetapi perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa proses penamaan kanak-kanak perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kebajikan dan kepentingan terbaik kanak-kanak sentiasa terpelihara, bukan sahaja ketika kecil tetapi juga apabila dewasa kelak.
Pendaftaran kelahiran tertakluk kepada undang-undang
Di Malaysia, setiap kelahiran adalah wajib didaftarkan secara sah. Proses ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia tertakluk kepada tiga perundangan utama, iaitu;
- Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299)
- Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (Cap. 123)
- Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak (Cap. 10)
JPN ada kuasa menolak nama anak
Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa nama anak boleh ditolak JPN sekiranya dianggap tidak sesuai. Berdasarkan Seksyen 16, Akta 299, Pendaftar Besar mempunyai kuasa penuh untuk mendaftarkan atau menolak sesuatu nama jika didapati tidak menyenangkan, tidak sesuai atau tidak diingini.
Keputusan ini bukan dibuat secara suka-suka, sebaliknya bertujuan melindungi kanak-kanak daripada kesan negatif dari sudut sosial, emosi dan psikologi yang mungkin timbul akibat penggunaan nama tersebut apabila mereka membesar.
Kategori nama yang boleh ditolak JPN
1. Penamaan Yang Tidak Sesuai (Undesirable)
Antara kategori utama di mana nama anak boleh ditolak JPN ialah penamaan yang dianggap tidak wajar atau tidak sesuai sebagai identiti rasmi. Contohnya termasuk;
- Singkatan nama seperti D, Mohd, Abd atau M.
- Penggunaan nombor seperti 45 atau 007
- Nama haiwan
- Nama buah-buahan atau sayur-sayuran
- Nama perkakasan atau objek