KUIH-MUIH di Malaysia namanya pelik-pelik, kelakar dan tidak kurang pula mencetuskan rasa seram. Bagaimanapun, namanya itu tidak membayangkan rasanya.
Di Kelantan misalnya, ada beberapa jenis kuih yang namanya seram, tetapi tidak sama sekali "seram" dari segi rasanya, malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa, hanya namanya sahaja seram, tetapi rasanya tetap lima bintang.
Kita lihat 5 kuih asalnya dari Kelantan, yang namanya seram, tetapi rasanya sedap.
1. KUIH LOMPAT TIKAM
Mengikut cerita yang dipetik, kuih Lompat Tikam ini dikatakan berasal dari kerajaan Majapahit untuk dipersembahkan kepada kerajaan Kelantan pada tahun 1700.
Semasa hendak dipersembahkan di atas dulang, dayang-dayang membawanya dengan penuh berhati-hati.
Tetapi apabila seorang dayang tersadung pada bendul di istana, Sultan Kelantan terkejut lalu melompat dan tertikam pula dayang itu.
Dikatakan juga, sempena menghayati kisah itu, sultan dengan rasminya menamakan kuih itu Lompat Tikam.
Ia mungkin kisah mitos, tapi mungkin juga benar.
Namun, apa yang penting, rasa Lompat Tikam memang wow! Sebab apa? Ini disebabkan, kuih ini mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas.
Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung. Rasanya lemak dan manis, lebih sedap jika dimakan pada sebelah pagi dan untuk hidangan minum petang.
Tidak syak lagi, kuih ini tidak "membunuh", tetapi mengenyangkan.
2. KUIH TAHI ITIK
Kuih Tahi Itik ini memang popular di negeri pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari putih telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik.
Kuih Tahi Itik ini sangat sedap dimakan pada setiap masa, tidak kira pagi atau petang.
Cuma, rasanya yang sedikit manis menyebabkan mereka yang menjaga kesihatan cuba untuk tidak menjamahnya.
Bagaimanapun, jika tidak gemarkan manis, boleh kurangkan gula semasa memasak adunannya.
Rasanya? Ya lemak kerana putih telur dan manis, disumbang air gula. Campuran dua bahan ini menjadikan kuih Tahi Itik tidak seperti namanya yang seram, sebaliknya akan terkenang-kenang, tidak cukup sebiji tetapi silap hari bulan, habis sedulang sambil membawang.
3. KUIH KOLEH KACANG TAHI MINYAK
Ya Allah, kenapa namanya tahi minyak? Ini kuihnya dinamakan koleh kacang tetapi ditabur tahi minyak di atasnya. Maka, dinamakan kuih tradisonal Kelantan ini, Koleh Kacang Tahi Minyak.
Bahan dalam pembuatan Kuih Koleh Kacang itu sendiri adalah tepung beras yang dicampur dengan kacang hijau dan dibakar atau dikukus.
Manakala tahi minyak itu pula, dibuat daripada santan kelapa yang dimasak hingga kering dan menjadi menjadi minyak.
Jangan tidak tahu, minyak ini boleh digunakan untuk menggoreng makanan lain pula. Ia ditabur di atas koleh kacang itu untuk rasa yang lebih sedap dan terangkat.
Apa yang ditabur itu tahi minyak, iaitu hampas dari minyak yang dihasilkan, maka dengan itu namanya tahi minyak.
4. KUIH ULAT BULU
Mengenang namanya, sudah pasti seram sejuk mahu menjamahnya. Tetapi jangan tidak tahu, kuih Ulat Bulu ini berinti kacang merah dan rasanya lemak manis memikat hati.
Bahan-bahan untuk kuih ini sangat mudah dicari, cuma tepung pulut dan gandum yang diuli sebelum dibentuk doh untuk dimasukkan kacang merah dan direbus dalam air mendidih.
Sesuai dimakan semasa mimum petang kerana rasanya begitu memikat dan menjadi lemak manis apabila kuih ulat bulu ini digaul bersama kelapa parut diletakkan sedikit garam dan gula.
Kalau kita bayangkan kita makan ulat bulu, memang selama-lamanya kita tidak akan menjamah Kuih Ulat Bulu ini, tetapi jika "tolerate" bahawa rasanya lima bintang, sudah pasti berulang kali kita mencari Kuih Ulat Bulu ini!
5. ROTI CANAI ULAR
Yang biasa kita makan, roti canai bulat atau berbentuk empat segi jika memesan Roti Canai Telur atau Roti Sardin. Tetapi roti canai ular, bentuknya seperti ular? Ya, bentuknya seperti ular, melingkar di atas pingan dan terkeluar lidahnya.
Eeee, memang seram jika dibayangkan.
"Tetapi rasanya cukup lemak, cukup sebati tepung dan marjerin atau minyak sapi, macam roti biasa. Sedap. Hanya mungkin bentuknya ular, orang takut, gerun untuk menjamah. Tapi saya OK sahaja,'' kata Aznira, warga Kelantan, penggemar Roti Canai Ular.
Teringin makan roti canai ular? Ayuh, ke Kelantan, lebih khusus di Tumpat.
Dihasilkan dalam lima perisa atau inti iaitu planta dan susu pekat, milo, keju, kaya dan nestum, harga yang ditawarkan antara RM1.50 hingga RM3. Dan, ini namanya inovasi.
Baru-baru ini, apabila hidangan ini menjadi tular, pakar agama tampil menjawab kegusaran bahawa tidak haram menjamah atau membeli hidangan berbentuk ular atau haiwan lain selagi bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatannya bukan benda haram.
Namun jika seram, geli dan gerun untuk menjamah Roti Canai Ular, boleh sahaja bertukar kepada roti bentuk biasa - bulat dan empat segi.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Azlinariah Abdullah
Sat Sep 19 2020
Lima hidangan makanan di Kelantan ini namanya seram, tetapi rasanya memang memikat hati penggemarnya. - Gambar Astro AWANI
Pembangunan atlet: Kerajaan sedia infrastruktur, ekosistem - Adam Adli
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim memberitahu Parlimen pemilihan atlet Sukan SEA 2027 dijalankan oleh Majlis Sukan Negara dengan kerjasama persatuan-persatuan sukan yang terlibat.
Adam Adli menjelaskan pemilihan, latihan dan pembangunan atlet tidak terhad kepada KBS dan MSN, sebaliknya melibatkan persatuan-persatuan sukan dalam negara.
Adam Adli menjelaskan pemilihan, latihan dan pembangunan atlet tidak terhad kepada KBS dan MSN, sebaliknya melibatkan persatuan-persatuan sukan dalam negara.
Tiada stadium, fasiliti sukan baharu untuk Sukan SEA 2027 - Adam Adli
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim memberitahu Parlimen, Kerajaan tidak berhasrat untuk membina stadium atau fasiliti sukan yang baharu untuk tujuan Sukan SEA 2027.
Walaupun demikian, Kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan sedia ada.
Walaupun demikian, Kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan sedia ada.
AWS- Mesolitica umum kerjasama bangunkan LLM, MaLLaM
Syarikat pemula niaga Malaysia yang menumpukan latihan Model Bahasa Besar (LLM) telah membangunkan LLM kecerdasan buatan (AI) generatif bahasa Melayu yang dipanggil MaLLaM bagi perkhidmatan awannya.
Gegar Vaganza 11: Masih kekal nombor satu, Liza Aziz anggap macam "show sahaja”
Liza gembira dan berpuas hati sebab penonton menyukai persembahannya di Gegar Vaganza 11.
AWANI Pagi: Ancaman penyakit pasca banjir
AWANI Pagi 8.30 pagi akan bersama dua wakil di pantai timur, Muhafandi Muhamad dan Nur Fazlizai Ali, mengenai ancaman penyakit berisiko ketika bencana da juga persediaan menghadapi gelombang banjir kedua.
ABM's 50 Years of Impact: Fostering sustainability and socio-economic growth
This conversation delves into the association 50-year journey, highlighting their commitment to social inclusion, enriching lives, and fostering sustainable future, using real-world examples during covid to illustrate their positive socio-economic change with Executive Director of ABM (The Association of Banks in Malaysia), Dr Amina Josetta Kayani.
AWS re:Invent 2024: Banyak syarikat masih lemah soal keselamatan siber
Setiap hari beribu cubaan serangan siber dilakukan terhadap syarikat tidak kira latar. Ia sebagai cubaan untuk mengodam data mereka khususnya data pendua. Justeru keselamatan siber amat penting untuk menjamin data yang selamat. Editor Kanan Astro AWANI Najib Aroff bertemu CEO Cohesity untuk melihat trend keselamatan siber dan bagaimana AI boleh membantu.
Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat terus ambil langkah waspada
Walauapun keadaan di Korea Selatan sudah kembali pulih, namun, rakyat Malaysia harus mengambil langkah keselamatan dan kekal berwaspada.
Konflik Korea Selatan: KOSPI jatuh hampir dua peratus
KOSPI mengalami penurunan ketara sebanyak 1.97 peratus iaitu 2,440 mata pada pembukaan pagi ini.
Khabib Nurmagomedov bakal buka gim di Johor
Pembukaan gim itu merupakan tanda komited Kerajaan Negeri Johor dalam pembangunan fasiliti sukan bertaraf dunia.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
Banjir: Lebih 200 pencawang elektrik dihentikan bekalan di Kelantan
Sebanyak 230 pencawang elektrik di Kelantan membabitkan lapan jajahan dihentikan bekalan susulan banjir, setakat 6 petang tadi.
Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan, keputusan dibuat tanpa ihsan - Siti Zailah
Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia meneruskan Sijil Peperiksaan Malaysia didakwa merupakan satu keputusan yang dibuat tanpa ihsan.
Banjir: Pemindahan calon SPM terjejas diselesaikan hari ini - Fadhlina
Fadhlina Sidek berkata setakat ini, Kelantan merekodkan jumlah calon tertinggi iaitu seramai 3,111 pelajar, manakala bakinya 1,734 calon di Terengganu dan 532 di Kedah.
Banjir: 30 jalan utama di Kelantan ditutup
Daripada keseluruhan 30 jalan utama, 14 jalan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan manakala 16 lagi hanya kenderaan ringan.
Banjir: Jumlah mangsa terus meningkat di lapan negeri terjejas, lebih 144,000 berada di PPS
Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 288 PPS diaktifkan untuk menempatkan 92,294 orang daripada 28,615 keluarga yang terjejas di 10 daerah.
Mangsa banjir meningkat 10,000 dalam tempoh dua jam, kini cecah 130,957
Kelantan dan Terengganu masih mencatatkan jumlah tertinggi manakala lima lagi negeri, Kedah, Selangor, Perlis, Negeri Sembilan dan Johor turut menunjukkan peningkatan ketara.