awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nanyang Art Supplies tutup pintu buat selamanya

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2024
14:22 MYT
Nanyang Art Supplies tutup pintu buat selamanya
Kedai itu ditutup buat masa ini namun akan dibuka semula selama dua hari dari jam 10 pagi hingga 4 petang pada 20 dan 21 Julai. - Facebook
NANYANG Art Supplies, sebuah kedai alat tulis popular di Jalan Petaling di ibu negara, mengumumkan akan berhenti operasi sepenuhnya.
Satu hantaran di Facebook oleh YKwan Lau, cucu kepada pengasas kedai itu, mendedahkan bahawa kedai itu buat masa ini ditutup untuk beberapa hari terlebih dahulu.
Kedai itu ditutup buat masa ini, namun YKwan Lau memaklumkan ia akan dibuka semula selama dua hari dari jam 10 pagi hingga 4 petang pada 20 dan 21 Julai ini bagi jualan penutupan dengan potongan harga sehingga 75 peratus.
Menjawab soalan di ruangan komen, YKwan Lau memaklumkan kedai itu diuruskan oleh bapa saudaranya, namun mengambil keputusan untuk menutupnya kerana mahu bersara.
Dibuka pada tahun 1943, kedai berusia 81 tahun itu menjadi kegemaran warga kota kerana menawarkan pelbagai peralatan seni, seperti cat akrilik, pensel warna, penanda, kertas warna air dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
#nanyang art supplies
#kedai peralatan seni
#Jalan Petaling
#kedai tumpuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan