LIFESTYLE

Netizen bimbang jika ciri 'Chatting With' WhatsApp jadi realiti

Syafique Shuib 11/11/2015 | 07:03 MYT
Walaupun belum ada pengesahan dari WhatsApp, namun netizen luahkan kebimbangan mereka jika benar ciri "Chatting With" menjadi kenyataan.
Spekulasi bertiup kencang di media sosial bahawa WhatsApp dikatakan bakal lancar satu ciri dikenali sebagai “Chatting With”.
Ciri ini dikatakan akan memberitahu siapa yang rakan anda sedang berbalas mesej.
Namun, setakat ini tiada laporan media yang mengesahkan ciri ini.
Sebaliknya, sebuah blog tekonologi berkata laporan yang dikongsi adalah palsu dan gambar yang dikongsi adalah hasil Photoshop.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walapun belum ada pengesahan rasmi dari WhatsApp namun netizen cepat untuk memberikan reaksi mereka tentang ciri ini.
Ini kerana, WhatsApp sebelum ini memperkenalkan tanda semak (tick) berwarna biru menandakan mesej yang dihantar telah dibaca.
BACA: 10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp
Ciri ini mendapat pelbagai reaksi, khususnya mesej yang tidak dibalas walaupun sudah mempunyai tanda semak biru.
Netizen berkata, ciri “Chatting With” juga bakal memberikan masalah yang sama jika ia menjadi satu realiti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang berkata bahawa ciri “Chatting with” adalah seperti “Cheating with”.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
WhatsApp merupakan perkhidmatan mesej yang berkembang pesat dan menurut majalah, ia mempunyai 900 juta pengguna aktif setakat September 2015.
Ia memperkenalkan ciri tanda semak biru pada 2014 dan mesej suara pada 2013.
#aplikasi mesej #Blue Tick #Chatting With #WhatsApp