Netizen ucap tahniah Mat Sabu: 'Dulu tabik Unit Amal, kini tabik ATM'

Zaim Ibrahim
Mei 22, 2018 08:20 MYT
Mohamad Sabu ketika menerima penghormatan daripada Batalion Pertama oleh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Dataran Wisma Pertahanan. - Astro AWANI
Bukan calang-calang individu boleh menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Selain Yang di-Pertuan Agong dan Ketua-Ketua Negara, turut menerima penghormatan itu adalah Menteri Pertahanan yang baru dilantik, Mohamad Sabu.
Rata-rata pengguna media sosial dilihat kagum dan terharu dengan pelantikan tersebut yang dianggap sebagai salah satu sejarah yang tidak boleh dilupakan negara.

Terharu pulak tgk br>Alhamdulillah. Perjuangan yg ikhlas bertahun2 akhirnya dihargai.br>Tahniah YB!/p>— ekGeyBang(@MekGeyBang) May 22, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dulu abang Mat periksa barisan unit amal je..hebat Abg Mat

— Muhammad Al Fateh (@Muhamma01037604) May 22, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pasti warga ATM akan lebih terpelihara dan bersemangat berjuang untuk Malaysia tercinta.

— Peter Ng Chin Poh (@aqmarng) May 22, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam sidang media pertama Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan hari ini, beliau mengakui gementar tetapi akan tetap memegang portfolio yang dianggapnya amat penting.
“Saya selalu hidup dengan rakyat, kini perlu terlalu ikut protokol, benda baharu. Saya kena membiasakan diri dengan `kehidupan baharu' ini tetapi tidak mahu ubah gaya Mat Sabu," kata beliau ketika memulakan tugas hari ini di Wisma Pertahanan, di ibu negara.
#Kementerian Pertahanan #Malaysia Baharu #Malaysia Baru #Mat Sabu #Menteri Pertahanan #netizen #Pakatan Harapan #Wisma Pertahanan