TEMASYA dwitahunan Sukan SEA ke-29 KL2017 sudah melabuhkan tirainya minggu lalu.

Pelbagai momen indah menjadi saksi sepanjang dua minggu acara berlangsung, salah satunya kemenangan skuad futsal wanita kebangsaan yang telah menyumbangkan pingat emas kepada negara.

Di sebalik kejayaan itu, fokus tertumpu kepada penjaga gawang nasional, Niena Azman yang bukan sahaja tangkas tetapi juga menawan.

Sempena Gempak Star Of The Week minggu ini, kami mengangkat ikon futsal wanita ini untuk berkongsi kisah menarik sepanjang kariernya sepanjang 13 tahun.

1) Bola jaring ke futsal

Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman, 30, merupakan anak jati Johor dan turut disapa Niena dan Dekno.



Sebelum melibatkan diri dalam sukan futsal, Niena terlebih dahulu aktif dalam sukan bola jaring.

Uniknya, Niena sebenarnya peminat bintang remaja popular Justin Bieber!



2) Penjaga gol terbaik

Niena telah menyertai pelbagai perlawanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Paling manis apabila saya diiktiraf penjaga gol terbaik pada kejohanan bola sepak wanita kebangsaan dan liga futsal IPT," katanya.

My life feels like test I didn't study for..