awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai dinasihat ambil makanan mengandungi karbohidrat kompleks sepanjang Ramadan

Bernama
Bernama
16/03/2024
00:45 MYT
Orang ramai dinasihat ambil makanan mengandungi karbohidrat kompleks sepanjang Ramadan
Orang ramai dinasihati mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks terutamanya ketika negara sedang dilanda fenomena El Nino bagi mengelak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa. - Gambar hiasan Bernama
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks terutamanya ketika negara sedang dilanda fenomena El Nino bagi mengelak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa.
Pensyarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti, Dr Suhainizam Muhamad Saliluddin berkata, pengambilan makanan daripada kandungan itu seperti buah kurma akan terurai secara perlahan sekali gus menyebabkan tempoh kenyang lebih lama berbanding pengambilan gula putih.
"Pemakanan yang mengandungi gula putih baik untuk pengekalan tenaga, tetapi apabila satu hingga dua jam selepas sahur, tenaga berkurangan akibat proses penguraian yang pantas," katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV hari ini.
Beliau berkata, strok haba adalah penyakit disebabkan kepanasan melampau yang didahului dengan kekejangan haba diikuti kelesuan haba yang antara lain berlaku apabila suhu badan meningkat, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan melampau.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini memaklumkan fenomena El Nino bermula pertengahan tahun lepas boleh berterusan sehingga pertengahan tahun ini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas isu tular menerusi media sosial berkaitan kurma yang dimakan bersama mentega, Dr Suhainizam berkata, ia tidak boleh dijadikan amalan dalam pemakanan.
"Kurma bagus kerana mempunyai gula kompleks, tetapi apabila digabungkan dengan mentega yang mengandungi lemak tinggi boleh mendatangkan masalah lain.
"... termasuklah yang tular tentang isu meminum air dengan meletakkan garam celtic, bahaya jika amaun yang ditambahkan dalam minuman tidak tepat, akan menyebabkan terjadinya masalah lain," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#makanan
#karbohidrat kompleks
#strok haba
#fenomena El Nino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan