SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu… M.Nasir.
Itulah nama pameran seni khas untuk meraikan perjalanan seni Datuk M Nasir yang penuh inspirasi selama 45 tahun.
Pameran anjuran Galeri Puteh ini akan menampilkan karya-karya yang diinspirasi daripada lagu-lagu ciptaan M Nasir dengan menggabungkan elemen seni visual, fotografi dan persembahan.
Nizam Rahmat, jurucakap galeri itu berkata, pameran yang berlangsung dari 8 hingga 30 Jun ini akan menawarkan perspektif unik tentang warisan budaya dan kreativiti M Nasir yang telah memberi impak besar dalam industri seni Malaysia.
"M Nasir, seorang seniman yang dikenali kerana ketokohannya dalam bidang seni, terus menjadi sumber inspirasi bagi generasi muda penggiat seni.
"Pameran SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu…M.Nasir adalah manifestasi penghargaan terhadap sumbangan beliau yang tiada tandingan dalam memperkayakan landskap seni dan budaya negara," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pameran seni ini yang menghimpunkan lebih dari 30 pengkarya seni tampak, fotografi dan persembahan akan menjanjikan satu pengalaman artistik yang luar biasa kepada semua pengunjung.
Antara pengkarya yang menyertai pameran ini adalah M Nasir, Rafiee Ghani, Ahmad Fuad Osman, Masnoor Ramli, Abdullah Jones, Samsuddin Wahab, Stephen Menon, Najib Bamadhaj, Shafiq Nordin, Hisyamuddin Abdullah, Kide Baharudin dan Ika Sharom.
"Bukan sahaja meraikan seni tetapi pameran ini juga akan menjadi platform untuk menghubungkan pelbagai bentuk ekspresi seni. Pameran ini menjanjikan untuk menghidupkan kembali momen-momen ikonik dalam kerjaya M Nasir melalui lensa para pengkarya yang terlibat," katanya.
Beliau berkata, orang ramai dijemput hadir untuk menikmati keindahan dan keunikan seni yang dipamerkan, sekali gus memberikan sokongan kepada para penggiat seni tempatan.
Katanya, maklumat lanjut mengenai pameran dan acara-acara yang diadakan sepanjang bulan Jun boleh didapati di laman web rasmi Galeri Puteh dan media sosial mereka.
Azib Zikry
Sun May 26 2024
Galeri Puteh akan menganjurkan sebuah pameran seni yang berjudul SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu…M.Nasir.
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy
Selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas.
Sekurang-kurangnya 13 maut, kereta api bertembung di India
Pelanggaran itu dipercayai berlaku apabila kereta api barangan merempuh bahagian belakang kereta api penumpang.
Kemeriahan sambutan Aidiladha di Terengganu tarik minat pelancong, pelajar asing
Seramai 21 pelancong dari Singapura dan 100 pelajar antarabangsa dari universiti tempatan menyertai sambutan Aidiladha di Terengganu.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Kerajaan timbang hukuman lebih berat kes curi kabel komunikasi
Kerajaan sedang menimbangkan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan kes curi kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 hujung tahun ini
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata selain menambah baik Akta Kanak-Kanak 2001, pindaan itu juga selaras dengan penubuhan Jabatan Kanak-Kanak.
Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan.
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
AWANI Ringkas: Astro AWANI jenama berita paling dipercayai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pameran diilhamkan perjalanan seni M Nasir Jun ini
SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu M.Nasir. Itulah nama pameran seni khas untuk meraikan perjalanan seni Datuk M. Nasir yang penuh inspirasi selama 45 tahun.
Lebih 50 seniman bergabung dalam pameran seni Colours For Gaza
Pameran seni 'Colours For Gaza' merupakan tanda kebersamaan seniman Malaysia mengutuk kekejaman rejim Zionis di Gaza.