PETALING JAYA: Penyedia kelengkapan elektronik, Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) memperkenalkan rangkaian peti sejuk premium, PRIME + EDITION yang dilengkapi teknologi terkini membolehkan rakyat negara ini menikmati kehidupan sihat dan selamat.

Ketua Jabatan Pemasaran Perkakasan 1 Panasonic Malaysia, Shinichi Tsuda berkata, peti sejuk berkenaan dilengkapi tiga ciri unik baharu, iaitu teknologi PRIME FREEZE dan nanoe™ X termasuk PRIME FRESH yang dikemas kini untuk kesegaran dan kebersihan penyimpanan makanan.

“Keunikan  pertama PRIME FREEZE ialah teknologi pembekuan inovatif di peringkat komersial, ia lima kali lebih pantas berbanding pembekuan biasa.

"Panasonic telah menjalankan perniagaan selama bertahun-tahun dalam lapangan penyejukan industri di rangkaian peti sejuk, selain ingin membawa teknologi PRIME FREEZE ke dalam peti sejuk kegunaan rumah. Pengguna juga dapat memastikan tekstur, perisa, rasa dan khasiat makanan yang disimpan masih kekal sama, sekali gus mengurangkan pembaziran makanan.

“Selain itu, keunikan kedua ialah nanoe™ X yang boleh menyekat pertumbuhan bakteria sama ada di udara dan permukaan makanan sehingga 99.99 peratus. Ia juga dapat mengurangkan racun serangga di sayuran dan buah-buahan termasuk menghalang bau busuk.

“Akhir sekali ialah PRIME FRESH, iaitu teknologi unik untuk membekukan daging, ikan serta makanan yang sudah dimasak pada suhu -3 darjah Celsius. Pengguna boleh mencapai pembekuan lembut bermakna lapisan luar beku tetapi bahagian dalam kekal segar sehingga tujuh hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Mega Produk Panasonic, di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Tsuda memberitahu, peti sejuk itu juga direka khas bertepatan dengan konsep "Healthy Everyday” untuk menggalakkan rakyat di negara ini memasak di rumah, di samping menyasarkan dua golongan pengguna untuk memilikinya.

“Kami menyasarkan dua golongan pengguna untuk memilikinya, iaitu golongan ibu yang sibuk bekerja dan mereka yang mempunyai masa terhad untuk memasak. Mereka ingin memasak setiap hari tetapi kerana sibuk, hasrat ini terbantut dan kami menyediakan penyelesaian untuk mereka. 

“Antara lain ialah golongan yang ingin mempunyai gaya hidup elegan dengan teknologi terkini dan mereka yang mempunyai tahap kesedaran kesihatan yang baik,” ujarnya.

Foto Panasonic

Peti sejuk PRIME+ EDITION dijual pada harga antara RM4,299 dan RM6,499 dan boleh mendapatkannya di semua premis pengedar sah seluruh negara serta secara dalam talian di kedai rasmi Panasonic, Club Panasonic dan kedai Panasonic di Lazada atau Shopee.

Pada majlis sama, selain kategori peti sejuk, Panasonic turut memperkenalkan 45 perkakas terbaharu merangkumi lapan lagi kategori, iaitu penapis air, periuk nasi, mesin basuh, pancuran mandian rumah, televisyen, fon kepala, pembersih vakum dan kipas siling.

Peti Sejuk Panasonic | PRIME+ EDITION untuk kesihatan, gaya hidup premium



*Artikel ini adalah hasil kerjasama bersama Panasonic.