awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan debat UiTM kini nombor dua dunia

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
01/01/2016
09:29 MYT
Pasukan debat UiTM kini nombor dua dunia
Mohammed Mifzal Mohd Murshid Kieron dan Jasmine Ho merupakan penuntut jurusan undang-undang di UiTM. - Foto Facebook
PASUKAN debat Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang bertanding dalam kejohanan debat antara universiti paling berprestij di dunia iaitu World Universities Debating Championship 2016 (WUDC 2016) yang berlangsung di Thessaloniki, Greece.
Pertandingan yang sudah menamatkan pusingan awal itu menyaksikan pasukan UiTM yang dianggotai oleh Mohammed Mifzal Mohd Murshid Kieron dan Jasmine Ho Abdullah layak ke pusingan kalah mati di tempat kedua dari 48 pasukan.
Pasukan UiTM yang mengumpul 23 mata dari sembilan pusingan awal mendahului beberapa pasukan dari universiti terkemuka dunia seperti Yale University, Harvard University, Trinity College Dublin, Cambridge University, Oxford University, Durham University, dan Princeton University.
And now....Thessaloniki WUDC Open Break:1. Hart House A 24points2. UT Mara A 23points3. Visoka Skola PEP A...
Posted by Thessaloniki WUDC 2016 on
Pertandingan yang berlangsung sehingga 4 Januari itu disertai lebih 400 pasukan dari 250 universiti di 70 buah negara.
48 pasukan yang layak ke pusingan kalah mati akan bertarung untuk merebut gelaran tersebut.
Tahun lalu, WUDC yang dianjurkan di UITM dimenangi oleh University of Sydney.
Selain UiTM, perjuangan negara di pusingan kalah mati digalas oleh dua pasukan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menduduki tangga ke-26 dan 36.
Topic Berkaitan
#debat
#UIAM
#UiTM
#WUDC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan