PBT perlu sedia lokasi strategik untuk peniaga 'food truck'

Bernama
Ogos 25, 2017 12:22 MYT
Perniagaan food truck mempunyai potensi untuk berkembang secara besar-besaran memandangkan ia adalah trend perniagaan baharu. - Gambar fail
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan lokasi strategik untuk para peniaga food truck atau trak makanan menjalankan perniagaan mereka.
Presidennya Datuk Moehamad Izat Emir berkata perniagaan food truck mempunyai potensi untuk berkembang secara besar-besaran memandangkan ia adalah trend perniagaan baharu.
"Ia bukan sahaja terhad untuk makanan malah untuk barangan lain juga.
"Ini adalah satu jalan keluar untuk para graduan yang tidak mendapat tempat dalam bidang pekerjaan memulakan hidup dengan berniaga dan menampung kehidupan mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata Perdasama sendiri melalui beberapa cawangannya turut memulakan perniagaan sendiri seperti 'Car Boot' dan juga 'Food Truck'.
-- BERNAMA
#Datuk Moehamad Izat Emir #Food truck #Perdasama