BANDAR Pekanbaru di Indonesia pada Jumaat tular apabila satu gempa bumi berskala 6.2 berlaku.
Gempa berlaku 17 km ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer itu menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Cyberjaya merasai gegarannya.
Namun tahukah anda Pekanbaru merupakan satu destinasi percutian yang ‘underrated’ di negara jiran kita.
Menjadi bandar terbesar di wilayah Riau, Pekanbaru yang digelar sebagai Kota Bertuah ini menjadi tarikan ramai pelancong terutamanya penduduk tempatan.
BACA: KKM sudah kemuka tarikh buka sempadan negara - Khairy
Apa yang menarik di Pekanbaru? Mari semak senarai yang Gempak sediakan:
1. Riau Fantasi
Riau Fantasi ini merupakan hasil gabungan dari Labersa Theme Park dan Labersa Waterpark sekali gus menjadi taman tema air terbesar di Sumatera.
Tarikan utamanya sudah pasti lima jenis kolam dengan tema dan kedalaman yang berbeza malah papan luncur juga disediakan dengan pelbagai jenis bentuk untuk keseronokan pengunjung.
2. Istana Siak Sri Indrapura
Istana Siak dahulunya menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Siak dan menjadi saksi berkembangnya ajaran Islam di Tanah Riau.
Istana tersergam indah di Pekanbaru ini didirikan pada tahun 1889 oleh Sultan Syarif Hasyim Abdul Jalil Syaifudin.
Gabungan struktur luar dan ruang di dalam istana yang bercirikan Eropah, Arab dan Melayu amat mengagumkan.
3. Rainbow Hills Rembau
Bukit berwarna-warni ini menjadi tumpuan ramai kerana ia mirip dengan Rainbow Mountain yang terletak di Peru.
Bukit pelangi ini sebenarnya adalah lembah kecil beraneka warna yang terdiri daripada coklat gelap, jingga, kekuningan dan merah jambu.
Bukit ini pertama kali diperkenalkan oleh seorang blogger bernama Marischka Prudence. Bukit ini sering menjadi destinasi anak muda bagi tujuan bergambar.
4. Danau Lembah Sari
Pada asalnya, danau ini digunakan sebagai bendungan untuk mengalirkan air ke sawah.
Namun, suasana yang tenang dan damai berlatarbelakangkan flora yang kehijauan menjadikan tempat ini sesuai untuk berkelah.
Bukan sahaja berkelah, perkhidmatan menyewa perahu dayung dan bot untuk bersiar siar di sekitar danau juga disediakan.
Jika ke sini, jangan lupa singgah di warung sekitar untuk mencuba makanan tradisi Pekan Baru iaitu Sup Tunjang.
5. Perpustakaan Seoman H.S
Bertemakan seni bina futuristik moden, reka bentuk Perpustakaan Seoman H.S cukup unik kerana ia menyerupai rehal yang menjadi tempat letak Al-quran.
Pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran dan anda boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti sofa, pendingin hawa serta akses internet secara percuma yang disediakan.
Kalau mahukan trip anda lain daripada yang lain, bolehlah singgah.
Pada Jumaat satu gempa berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan pulau Sumatera, khususnya wilayah berdekatan Pekanbaru.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya serta beberapa negeri lain.
BACA: Gempa 6.2 magnitud landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Malaysia
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran ini menyebabkan banyak kawasan mengalami kerosakan teruk namun tidak menyebabkan tsunami.
Memantau keadaan terkini di Pekanbaru, kami mendoakan agar semua urusan mereka yang terjejas dipermudahkan.
*Artikel asal di Gempak
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Gempak
Sun Feb 27 2022
Menjadi bandar terbesar di wilayah Riau, Pekanbaru yang digelar sebagai Kota Bertuah ini menjadi tarikan ramai pelancong terutamanya penduduk tempatan. -Gempak
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Pekanbaru destinasi 'underrated' menarik buat seisi keluarga
Menjadi bandar terbesar di wilayah Riau, Pekanbaru yang digelar sebagai Kota Bertuah ini menjadi tarikan ramai pelancong terutamanya penduduk tempatan.
Melaka jalin kerjasama dengan Pekanbaru, Dumai bangunkan sektor pelancongan
MoU berkenaan memberi penekanan terhadap kerjasama membangunkan produk pelancongan bas elektrik dan pelancongan kesihatan.
100 pelajar Malaysia di Jambi dievakuasi
Kira-kira 100 pelajar Malaysia yang menuntut di Jambi sudah bertolak ke Konsulat Malaysia di Pekanbaru bagi urusan evakuasi berikutan keadaan jerebu.
Jerebu: 306 pelajar Malaysia dievakuasi di Pekanbaru, Jambi - NADMA
Seramai 306 pelajar Malaysia yang berada di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia, akan terlibat dalam proses evakuasi daripada kawasan tersebut yang diisytiharkan darurat oleh kerajaan Indonesia.
Darurat jerebu: Pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi dipindahkan
Seramai 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia manakala 120 akan dipindahkan ke Dewan Malaysia di Jakarta, Indonesia.
Riau diisytihar darurat jerebu, IPU melebihi 500
Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga 31 Oktober ini, bergantung kepada keadaan semasa.
Ngeri! Petani jadi santapan sang buaya
Kehilangan misteri seorang petani di barat laut Indonesia akhirnya terjawab apabila lelaki tersebut sebenarnya mati dibaham buaya.
Konsul Malaysia di Pekanbaru cedera diragut sampai terlentang
Wan Nurshima Wan Jusoh mengalami trauma dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Dua pelajar Malaysia maut kemalangan di Pekanbaru, Indonesia
Dua pelajar Malaysia maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pekanbaru, Riau, Indonesia.
Operasi tiga syarikat penerbangan Malaysia terjejas akibat jerebu
Operasi tiga syarikat penerbangan Malaysia dan Indonesia ke Pekanbaru, Riau, Indonesia serta ke Kertih, Terengganu terjejas akibat keadaan jerebu.