Pelukis grafiti Malaysia reka 'cover' single terbaharu Chris Brown

Kohilah Sekaran
Januari 11, 2019 11:36 MYT
Pelukis seni, Katun mendedahkan hasil karya grafiti terbaharunya yang direka untuk single terbaharu penyanyi Chris Brown, Undecided.
Pelukis seni grafiti, Katun atau nama sebenarnya, Abdul Hafiz Ab. Rahman memulakan tahun baharu dengan satu pencapaian yang membanggakan!
Menerusi laman Instagramnya, Katun mendedahkan hasil karya grafiti terbaharunya yang dilukis untuk single terbaharu penyanyi Chris Brown, Undecided.
“Saya mulakan 2019 dengan karya kolabrasi untuk single terbaharu Chris Brown, Undecided,” tulis Katun dalam kapsyennya.
"Saya sedang makan dengan rakan-rakan saya apabila saya menerima e-mel daripada pengarah kreatif Chris Brown. Ia adalah satu kejutan yang tidak dijangka, saya juga tertanya-tanya jika ia adalah sah. Saya masih tidak percaya bahawa saya mendapat peluang untuk melakukan karya seni untuk single Chris Brown!," kata Katun seperti dipetik portal The Star Online.
"Saya diberikan 100% kebebasan untuk mencipta karya seni itu. Pada asasnya, saya diberitahu bahawa Chris Brown mahu 'sesuatu yang misteri, sesuatu yang menonjol', jadi saya menghantar beberapa sketsa yang boleh mereka pilih. Dia memilih karya seni yang memaparkan seorang kanak-kanak bersama 'fortune guardian'."
Undecided dilancarkan pada 4 Januari lalu dan disenaraikan sebagai single pertama Chris untuk album keempatnya, Indigo.

NEW SINGLE AND VIDEO COMING TODAY AND TOMORROW!!! #undecided pic.twitter.com/uz2TzqC4uw

— Chris Brown (@chrisbrown) January 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katun merupakan seorang pelukis seni grafiti terkenal Malaysia - dengan pelbagai rekaan untuk jenama komersil dan mural berskala besar.
#Abdul Hafiz Ab Rahman #Chris Brown #Indigo #Katun #Pelukis seni grafiti #Undecided