GAYA HIDUP
Pembuli dan mangsa disaran jalani saringan psikososial
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat menyarankan pembuli dan mangsa dirujuk ke NCEMH bagi menjalani saringan psikososial wajib serta intervensi susulan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat menyarankan pembuli dan mangsa dirujuk ke Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) bagi menjalani saringan psikososial wajib serta intervensi susulan.
Kenyataan jawatankuasa berkenaan pada Rabu memaklumkan, kes emosi sosial tidak diurus sebagai kes disiplin dan mangsa buli boleh mendapatkan perkhidmatan profesional bagi pemulihan supaya mereka tidak mengalami trauma berterusan serta berisiko menjadi pembuli pada masa akan datang.
Menurut jawatankuasa itu, berdasarkan satu kajian yang membabitkan 33,523 pelajar sekolah menengah, sebanyak 79.1 peratus responden didapati terlibat dalam buli dengan pelaku (14.4 peratus), mangsa (16.3 peratus) atau kedua-duanya (48.4 peratus).
"Ini bermaksud mangsa berpotensi menjadi pelaku jika tidak menerima intervensi yang sewajarnya," menurut kenyataan itu.
Jawatankuasa itu juga memaklumkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan serta kepakaran profesional dan pengurusan yang sistematik, dan tidak boleh bergantung kepada guru kerana ia bukan bidang mereka selain guru mempunyai tugas hakiki.
Ia turut mengesyorkan supaya NCEMH di bawah Kementerian Kesihatan menjadi agensi kebangsaan yang bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia, dengan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai rakan strategik.
Kenyataan itu memaklumkan, antara fungsi dan peranan yang boleh diperkasa oleh NCEMH ialah melatih kaunselor dan guru yang berkaitan di sekolah untuk mengenal pasti kes seperti ketagihan digital serta seks selain cabaran kesihatan mental yang perlu menjalani intervensi awal.
-- BERNAMA