Pengalaman unik mendapat akses garaj Mercedes AMG PETRONAS di perlumbaan Formula 1 Grand Prix British di United Kingdom adalah antara memori indah pemenang kempen Mesra Bonanza PETRONAS.
Tiga pemenang dari Malaysia yang baharu selepas berada di U.K. selama tujuh hari untuk menyaksikan perlumbaan tersebut.
Tiga pemenang itu adalah pesara berusia 68 tahun Baharom Alam Shah, ahli perniagaan Robert Teh (49 tahun) dan pemandu Grab sambilan John Jayaseelan (27 tahun).
Ketika berada di sana, mereka juga berpeluang menyaksikan pasukan teknikal bersiap sedia untuk perlumbaan.
Mereka turut berpeluang membawa pasangan masing-masing untuk percutian ini.
Turut mengiringi para pemenang adalah pengacara popular, Awal Ashaari yang merupakan peminat kereta juga.
Mereka juga melawat ibu pejabat Mercedes AMG di Brackley.
Ketua Perniagaan Runcit PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) Aadrin Azly berkata, kemenangan ini lebih bermakna apabila ia dapat dikongsi dengan orang tersayang.
Selain itu, pihak PDB turut teruja apabila pelanggan setia dapat menikmati pengalaman sekali dalam seumur hidup ini.
“Kami gembira bahawa mereka dapat menikmati pengalaman ini secara dekat dan peribadi bersama pasukan motorsport kami dan bagaimana minyak PETRONAS Primax dapat digunakan di jalan raya oleh pengguna biasa,” katanya.
Para pemenang turut melawat tempat-tempat menarik di sekitar kota London termasuk Hyde Park, London’s Eye, London Tower, Buckingham’s Palace, Royal Albert Hall dan Windsor Town.
Kempen Mesra Bonanza PETRONAS berlangsung dari 16 April hingga 31 Disember, 2018.
Ia menawarkan 165 hadiah bulanan dan 44 hadiah utama setiap dua bulan atas usaha PDB untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia.
Antara hadiah bulanan adalah Samsung S9, GoPro Hero6 Black, set Lego Speed Champion dan baucar Lazada dan Watsons bernilai RM500 dan juga mata ganjaran Mesra bernilai RM1,000.
Hadiah utama termasuk 3 pakej percutian bernilai RM20,000 setiap satu, tiga pakej untuk menyaksikan perlumbaan Formula 1 di luar negara, tiga hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, 14 skuter Yamaha, dan 14 Samsung Smart TV.
Terdapat dua lagi pusingan untuk hadiah utama dan ini dijadualkan untuk bulan Oktober dan Disember 2018.
Untuk berpeluang menangi hadiah bulanan, pelanggan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit bagi setiap pembelian minyak atau barangan Kedai Mesra.
Untuk hadiah utama yang diberikan setiap dua bulan, pelanggan perlu membuat perbelanjaan terkumpul sebanyak RM500 dalam masa dua bulan berturut-turut.
Untuk pengisian PETRONAS Primax 97 sebanyak RM500 dalam tempoh dua bulan, mereka berpeluang untuk memenangi pakej menyaksikan perlumbaan Formula 1 di luar negara.
Astro Awani
Fri Aug 10 2018
Tiga pemenang hadiah utama kempen Mesra Bonanza PETRONAS berpeluang menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix British.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemenang kempen Mesra Bonanza PETRONAS F1 jejak kaki ke litar Grand Prix British
Tiga pemenang hadiah utama kempen Mesra Bonanza PETRONAS berpeluang menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix British dalam satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.