KUALA LUMPUR: Gerakan #IsraelKoyak di media sosial terus mencetus perbualan hangat di media sosial sejak serangan kejam rejim Zionis Israel ke atas Palestin memuncak sejak 6 Mei lalu.
Netizen Malaysia menjadi perbualan dunia selepas dilihat berjaya mencetuskan perang saraf yang dahsyat ke atas kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.
Terbaharu, sesi Instagram Live (IG Live) yang diadakan oleh selebriti media sosial, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bersama pelakon dan selebriti media sosial Israel, Shiraz pada Khamis lalu menarik perhatian ramai.
Sesi IG Live yang mencatatakan lebih 202,000 penonton secara langsung itu sekali gus memasyhurkan nama Caprice tular di Twitter.
Bahkan nama selebriti tanah air turut tersenarai sebagai carian tertinggi menerusi enjin carian Google.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Caprice menyifatkan sesi IG Live yang dikendalikannya itu tempoh hari merupakan satu kaedah 'luar kotak' bagi membolehkan dia dan netizen Malaysia lebih memahami isu sebenar di sebalik ketegangan yang berlaku.
Memandangkan latar belakangnya dari keluarga diplomat menyebabkan selebriti berusia 32 tahun itu sentiasa optimis pendekatan diplomatik merupakan cara terbaik untuk mencari jalan keluar daripada sebarang masalah.
"Disebabkan itu, Caprice nak cuba cara lain. Kalau sebelum ni orang boleh cabar dan hina melalui Tik Tok, kenapa tidak untuk isu ini?
"Untuk menjayakannya, Caprice cari individu atau selebriti media sosial Israel di Tik Tok dan ajak mereka bersembang dan bertukar pendapat menerusi IG Live.
"Dengan cara ini, kita boleh bagi pendapat kita dan kita beri ruang juga untuk mereka kongsi pendapat mereka," kata usahawan muda ini lagi.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI menerusi Crowdtangle (sebuah platform dataraya yang dimiliki Facebook untuk analisis interaksi pengguna daripada akaun public), Caprice berjaya mengumpulkan hampir 100,000 pengikut baharu di Instagram sebaik sahaja sesi IG Live nya berakhir.
Tambah Caprice, idea untuk mengadakan sesi perbincangan di Instagram itu tercetus sejurus selepas dia mengalami mimpi berada di sekitar Baitulmaqdis.
"Semuanya bermula apabila Caprice bermimpi di celah kemarahan yang memuncak terhadap Zionis Israel atas serangan yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.
"Dalam mimpi itu, Caprice berada di sebuah kafe yang berhadapan dengan Masjid Al-Aqsa sambil minum teh.
"Suasana ketika itu amat tenang, burung berterbangan dan langit membiru. Ada ramai pelancong berlegardi kawasan itu yang datang daripada pelbagai latar belakang termasuklah warga Israel sendiri.
"Terbangun saja dari mimpi itu, Caprice menggeletar dan cuba untuk faham apa yang dimaksudkan daripada mimpi berkenaan. Dari situ menggerakkan Caprice untuk mengadakan IG Live itu," kata Caprice yang juga pejuang muzik genre hip hop itu lagi.
Sekalipun sudah meraih jumlah pengikut lebih 1.5 juga di Instagram, namun, itu tidak bermakna usahanya untuk menamatkan kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin akan terhenti.
Bahkan, iltizam yang terus mekar dalam jiwanya ialah untuk meneruskan perjuangan terhadap saudara-saudara Islam di bumi Palestin dalam mengembalikan semula kedautan bangsa itu.
Hilal Azmi
Sun May 23 2021
Caprice menegaskan, perkongsian buah fikiran di laman Instagram yang buatnya itu merupakan pendekatan 'luar kotak' dalam perang saraf melawan Israel.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Caprice, isteri henti kongsi mengenai anak di laman sosial
Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tips penjagaan bayi.
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.
Polis telah panggil Caprice, Mondy
Caprice dan Mondy telah dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.
Dituduh bayar Mondy reka cerita, Caprice minta netizen jawab dengan tuhan
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memaklumkan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan itu sehingga kebenaran terbukti.
Ebit Lew buat laporan polis atas fitnah melampau
Beliau yang baru sahaja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal
Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah.
Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini
Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice.
Perbicaraan kes saman fitnah SM Faisal, Caprice Oktober ini
Perbicaraan kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung kes memuat naik hantaran berbaur fitnah ditetapkan bermula 4 hingga 6 Oktober.
'Ramai ada penyakit hati' - Isteri Caprice selar netizen komen buruk tentang Shuib-Watie
Dalam hantaran yang sama juga, Elis menasihatkan lebih baik berdiam diri sekiranya tiada kata-kata positif untuk diperkatakan.